Isu PPSMI: Kemeterian Pelajaran Tipu Guru Dan Rakyat Malaysia!

Kementerian Pelajaran memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap guru-guru yang mengambil kesempatan untuk mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia sepenuhnya sebelum 2012.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, guru yang didapati berbuat demikian, akan diberi surat amaran.

“Kita akan ambil tindakan kepada guru-guru, pengetua. Dia tidak boleh, (sebab dikira) dia melanggar dasar,” katanya dalam sidang media di kementerian itu di Putrajaya tengahari tadi.

Berikutan itu, beliau meminta guru besar dan pengetua sekolah supaya memantau perkara itu.

Beliau mengulas rungutan ibu bapa yang bimbang apabila diberi pilihan dwi-bahasa, para guru akan mengajar dua matapelajaran tersebut sepenuhnya dalam bahasa Malaysia.

Mengulas lanjut kebimbangan itu, Alimuddin menjelaskan, guru terlibat tidak boleh mengajar sepenuhnya dalam bahasa kebangsaan kerana ia dikira melanggar dasar yang diputuskan kerajaan.

“Dasar Pengajaran Sains dan Matemarik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak ada ubah lagi. (Ia) masih dijalankan sehingga 2012. Dan kita sudah ingatkan pengetua dan guru besar, (berjalan) macam biasa.

“Cuma yang 100 peratus (mengajar) dalam bahasa Inggeris itu, dia akan ubah sikit. Tetapi saya tidak rasalah guru-guru akan ubah terus. Kita minta guru besar pantau juga. Dia tidak boleh ajar dalam bahasa (Melayu) sebab semua buku teks dan perisian dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Alimuddin juga berkata, mungkin wujud kekeliruan berhubung pemansuhan dasar kontroversi PPSMI itu.

Menjelaskan perkara itu, beliau berkata, di peringkat UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah), pengajaran sains dan matematik akan terus diajar dalam dwi-bahasa sehingga 2016; PMR (Peperiksaan Menengah Rendah) sehingga 2013 dan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sehingga 2015.

Menurut Alimuddin, pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa Malaysia sepenuhnya mulai tahun 2017 untuk semua peringkat, kecuali tingkatan enam dan matrikulasi yang kekal dalam bahasa Inggeris.

Sementara itu, ketua pengarah pendidikan menjelaskan, kementerian terbabit turut menjalankan program “Memartabarkan Bahasa Malaysia, Mengukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris” bagi meningkat penguasaan pelajar terhadap dua bahasa itu.

Sehubungan itu, kementerian terbabit memutuskan beberapa strategi, antaranya menambah masa pembelajaran bahasa, memperkenalkan konsep dua guru bagi kelas melibatkan ramai pelajar dan memperkenalkan program seni bahasa seperti pengucapan awam, bacaan puisi dan debat.

No comments

Powered by Blogger.