Kerugian Akibat Perhimpunan Anti-ISA RM100 – 200 Juta
Memorandum penggesaan memansuhkan ISA gagal sampai ke Istana Negara kerana sekatan pihak polis, tetapi Cif Komander Perhimpunan Mansuhkan ISA, Salahuddin Ayub menganggapnya sebagai berjaya.
Walaupun banyak halangan, terutamanya gas pemedih mata, tangkapan rambang dan unit anjing terlatih yang dihadapi para peserta perhimpunan, mereka telah menunjukkan semangat yang tinggi untuk terus berhimpun secara aman.
Walaupun kerajaan menggunakan pelbagai cara bagi menggagalkan perhimpuan itu, termasuk melalui media massa, amaran oleh Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Kuala Lumpur, ugutan provokasi dan kekacauan, namun kehadiran puluhan ribu rakyat daripada segenap lapisan masyarakat membuktikan sokongan padu mereka agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.
Kumpulan pro-ISA yang diterajui Pewaris seperti tenggelam dan tidak berkesan sama sekali untuk menyaingi kumpulan anti-ISA. Ini menunjukkan bahawa rakyat lebih berminat dengan kumpulan anti-ISA.
Sewaktu peserta perhimpunan bertarung dengan gas pemedih mata, peniaga di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman pula bertarung dengan kerugian yang terpaksa ditanggung akibat perhimpunan tersebut. Banyak kedai ditutup lebih awal. Perniagaan tergendala. Persatuan Peniaga dan Penjaja Jalan Tuanku Abdul Rahman melahirkan kekesalan kerana terpaksa menanggung kerugian yang banyak. Mereka bercadang menghantar memorandum kepada Perdana Menteri agar perkara seumpama ini tidak akan berulang.
Manakala Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik membuat anggaran kerugian yang ditanggung peniaga antara RM100-200 juta. Seperti tidak masuk akal sahaja jumlahnya. Namun, itu hanya anggaran kerana jumlah yang sebenar belum diketahui. Dalam keadaan ekonomi yang sakit begini, jumlah kerugian itu boleh dijadikan alasan yang terbaik agar masyarakat peniaga membenci perhimpunan anti-ISA.
Namun, kita harus faham bahawa tiada sesuatu yang ‘baik’ akan kita perolehi secara percuma. Demokrasi, kebebasan dan keadilan misalnya harus ‘dibeli’ dengan nyawa, darah dan harta benda. Begitu juga dengan tuntutan pemansuhan ISA. Kita tidak akan memperolehinya dengan percuma. Sekarang pun masih ramai yang sedang menanggung kesengsaraan di bilik penahanan menanti hari perbicaraan. Pengorbanan mereka ini tiada bandingannya dalam usaha mencari kebebasan yang sekian lama hilang di bumi ibunda ini.
Dalam keghairahan kita menuntut pemansuhan ISA, jangan pula terlupa bahawa kita masih berhadapan dengan isu yang lebih serius – Influensa A H1N1.
Hari ini, kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menjadi mangsa keenam penyakit yang menyerang dalam senyap ini. Kanak-kanak dari Johor Bahru itu meninggal dunia akibat komplikasi hari ini.
Sementara itu, 39 lagi kes baru dicatatkan, kesemuanya jangkitan tempatan.
Kita menjadi lebih takut apabila membaca berita tentang anggaran yang dikeluarkan bahawa 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema H1N1 jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.
Menurut Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia.
Anggaran ini berdasarkan unjuran yang dibuat pengarah penyakit berjangkit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tee Ah Sian dalam satu mesyuarat pasukan kebangsaan petugas khas menangani wabak itu, pada awal minggu ini. Dalam perkembangan terkini, kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 kepada 0.66 peratus.
Oleh itu, rakyat Malaysia tidak harus memandang ringan masalah selsema ini. Penyebarannya seperti tidak mampu disekat. Faktor kebersihan diri mesti diberikan keutamaan. Kemaraan virus berbahaya ini lebih pantas daripada jangkaan manusia. Kini seluruh dunia seperti tercengang melihat jumlah penghidap yang bertambah saban hari sehingga WHO pun buntu.
Walau bagaimanapun kita berharap agar kerajaan mempunyai pendekatan terbaik untuk menangani penunjuk perasaan anti-ISA dan penularan H1N1 kerana kedua-duanya melibatkan rakyat yang dikatakan didahulukan.

No comments
Post a Comment