"Sedih" Hati Kartika Najib Tidak Tahu

Sedih juga apabila “hajat” tidak kesampaian. Menanti hukuman sebat bukan seperti menanti bonus di hujung tahun. Kalau boleh biarlah hukuman itu dilaksanakan segera apabila masanya telah tiba. Walaupun hati telah bersedia lantaran insaf akan keterlanjuran yang dilalui, namun menunda hukuman sebat bermakna menunda kesakitan.

Namun, apa boleh dibuat. Hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang sepatutnya dilaksanakan di Penjara Kajang, Selangor atas kesalahan meminum arak ditangguhkan. Penangguhan tersebut dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Abdul Rahman Yunus semalam bagi menghormati kemuliaan Ramadan.

Ini bermakna Kartika terpaksa menahan “seksaan” sehingga selepas Hari Raya. Seksa batin menunggu disebat hanya Kartika yang tahu. Oleh itu, dia tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui hukumannya ditunda.

Kes ini harus dijadikan pengajaran oleh mereka yang gemar minum arak. Tabiat minum arak ini semakin hari semakin menular di kalangan masyarakat kita.

Kerajaan tidak boleh lagi berdiam diri dan berpuas hati dengan undang-undang yang sedia ada, tetapi jarang dilaksanakan. Akibatnya kaki minum naik tocang. Mereka berani minum air kencing syaitan itu walaupun ditempat terbuka.

No comments

Powered by Blogger.