TIMBALAN PESURUHJAYA SPRM DISARAN TUTUP MULUT!

Oleh: HASSNAR M.P EBRAHIM



MUNGKIN ada yang akan berpendapat saya keterlaluan atau membesar-besarkan isu Mahkamah Syariah untuk kepentingan diri saya atau mencari publisiti murahan, namun adalah menjadi tugas saya untuk membela agama saya yang dipersendakan oleh Peguam yang tidak bermoral dan berniat jahat untuk mencetuskan huru-hara dengan menaikkan kemarahan Umat Islam.



Untuk maklumat pembaca sabahkini.net, lebih kurang 1987, seorang kawan rapat saya bernama Awang Tanjung Bin Jaini (Allahyarham) membeli kawasan pembalakan milik orang kampung namun atas sebab tertentu lesen membalaknya tersangkut dan meminta tolong saya menguruskan lesen berkenaan dengan menjanjikan komisyen RM30,000.



Tetapi setelah semua balak dikeluarkan, beliau tidak membayar komisyen saya walau satu senpun namun telah bersetuju untuk menyelesaikan ‘hutang’ tersebut secara ‘payment in kind’ iaitu menyerahkan dua bidang tanah yang kesemuanya seluas enam ekar yang dipohon atas nama isteri dan seorang anaknya.



Perjanjian di antara Awang Tanjung dengan saya dibuat atas nama isterinya Zaharah Tan sebagai nominee, tetapi saya terkejut kerana tidak lama selepas itu, setelah saya mendapat surat daripada Jabatan Tanah dan Ukur, baharu saya tahu bahawa sebelum ini tanah tersebut dijadikan sandaran untuk meminjam wang daripada seseorang.



Awang Tanjung turut menyerahkan surat kuasa dan membuat perjanjian dengan beberapa pihak yang lain. Malangnya, apabila Awang Tanjung meninggal dunia, tidak ada warisnya yang mahu menuntut harta tersebut dan kes tersebut tergendala begitu sahaja.



Saya terpaksa memohon Perintah Arahan Mengukur (RSP) pada 1991 namun saya diberitahu Jabatan Tanah dan Ukur, ada seorang lain, Chung Kau Ting, yang memohon RSP bagi tanah yang saya pohon. Setelah disiasat, saya dapati Chung merupakan pembeli yang ke-5.



Siasatan yang saya jalankan mendapati bahawa isteri dan anak Awang Tanjung telah membuat akuan palsu dengan mendakwa rumah mereka hangus terbakar sehingga memusnahkan dua Surat Tawaran (Offer) Jabatan Tanah dan Ukur dan memohon Surat Tawaran baru; sedangkan surat tawaran asal yang diserahkan Allahyarham Awang Tanjung ada dalam simpanan saya.



Setelah mendapat Surat Tawaran baru, mereka menjualkan tanah tersebut kepada Chung Kau Ting. Apabila kes ini terbongkar, saya meminta Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur agar membekalkan saya semua dokumen kepada penerima Surat Tawaran yang baru.



Saya bertanya Pengarah Tanah, bagaimana Jabatannya mengeluarkan Surat Tawaran yang baru sedangkan Surat Tawaran asal ada pada saya, namun Pengarah Tanah enggan membekalkan semua dokumen yang saya minta sehinggalah isteri saya terpaksa memfailkan permohonan Mandamus (memohon mahkamah supaya memerintah Pengarah Tanah agar semua dokumen yang digunapakai sehingga surat tawaran kedua dikeluarkan) .



Bagaimanapun, setelah Mandamus difailkan, saya menerima panggilan telefon awam daripada seorang lelaki yang dikenali memberitahu bawa semua dokumen yang saya perlukan telah disisip di bawah pintu pejabat saya di bangunan Old Slipway, Sandakan.



Setelah mendapat dokumen tersebut, Zaharah telah memfailkan prosiding kedua memohon perintah membatalkan penjanjian antara isteri dan anak Alllahyarham Awang Tanjung dengan Chung Kau Ting. Berdasarkan dokumen yang diserahkan kepada saya oleh lelaki misteri, Zaharah telah membuat laporan polis sehingga ‘Penerima Surat Tawaran’ iaitu Saodah dan anaknya telah ditangkap dan didakwa di mahkamah majistret atas tuduhan menipu, bagaimanapun belum sempat kes diputuskan, kedua-dua tertuduh telah meninggal dunia.



Dalam prosiding mahkamah, Chung Kau Ting telah melantik tetuan Tan Pang Tsen & Co untuk mewakili dirinya dan juga mewakili kedua-dua tertuduh yang tidak mempunyai waris. Saya telah menemui waris terdekat si mati agar melantik di kalangan mereka sebagai ‘Pentadbir’ kepada harta si mati.



Malangnya tidak ada seorang pun yang mahu menjadi Pentadbir sehingga kes berkenaan terpaksa ditanggung. Untuk memecah kebuntuan ini, saya telah memberi notis bersurat sebagai jalan terakhir, agar para waris ini memilih antara mereka sebagai pentadbir dan mendapatkan perintah Mahkamah Syariah, namun kesemua mereka tidak mahu campur tangan sehingga memaksa saya sendiri memfailkan permohonan tuntut waris.



Sebelum mahkamah hendak membicarakan kes ini, notis juga disampaikan kepada semua waris si mati untuk memberitahu tarikh perbicaraan telah ditetapkan, namun tidak ada seorangpun pewaris yang hadir sehingga mengakibatkan Mahkamah Syariah melantik saya sebagai ‘Pewaris’ untuk mentadbir urus dua bidang tanah berkenaan.



Sebaik sahaja dilantik menjadi waris, saya memberhentikan khidmat Tetuan Tan Pang Tsen & Co yang selama ini mewakili si Mati. Saya telah juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa saya sendiri yang akan mewakili si mati dalam prosiding di mahkamah. Perkembangan ini telah menimbulkan suasana baru kerana menggugat kedudukan Tetuan Tan Pang Tsen sebagai Peguam Chung Kau Ting.



Sejak daripada januari 2009, peguam syarikat guaman berkenaan bernama Doris Chan telah memberitahu mahkamah bahawa waris si mati akan failkan permohonan di Mahkamah Syariah untuk mengenepikan perlantikan saya sebagai Pentadbir ke atas harta si mati.





Dalam usaha terakhir, Doris Chan telah memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Sandakan di dalam Kamar Hakim, Yang Arif Puan Yew Jen Kie bahawa permohonan anak guamnya telah enggan diterima oleh kakitangan Mahkamah Syariah di Sandakan apabila mereka cuba memfailkan notis mengenepikan keputusan Mahkamah Syariah.



Lantaran menginsafi bahawa nama baik Mahkamah Syariah telah dipergunakan sebagai dinding atau alasan dan menjadi bahan senda gurauan dan memburuk-burukkan institusi Mahkamah Syariah, sedangkan pada hakikatnya mereka tidak pernah memfailkan sebarang permohonan.



Saya telah menulis surat kepada Mahkamah Syariah Sandakan meminta mereka menjalankan siasatan rapi berhubung dakwaan Doris Chan. Kes telah disambung pada 17 Ogos 2009 di Kamar Hakim yang sama dan sekali lagi nama baik Mahkamah Syariah telah dicemarkan oleh Doris Chan.



Dalam pendengaran pada hari itu, Doris memaklumkan Hakim bahawa beliau akan mohon perintah Mandamus jika permohonan yang hendak mereka failkan ditolak oleh kaunter Mahkamah Syariah Sandakan. Sikap Doris yang berbohong di Mahkamah Tinggi Sandakan dan menghina Mahkamah Syariah tidak dapat saya terima lalu membuat laporan polis terhadap Doris pada hari itu juga. Kes ini disiasat oleh Inspektor Yaw. Kes ini masih dalam perbicaraan sehingga sekarang.



Apa yang menarik perhatian saya ialah, kes ini melibatkan ramai wanita kerana hakimnya wanita, peguamnya wanita, plaintifnya wanita, defendannya wanita.



http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=1965:peguam-hina-mahkamah-syariah-di-mana-maruah-umat-islam&catid=35:berita-sabah&Itemid=27

No comments

Powered by Blogger.