Cubaan Rampas Kedah Oleh Najib

Banyak pihak melihat perkembangan mutakhir di Kedah adalah satu usaha Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk merampas Kedah dari Pakatan Rakyat. Modus operandinya adalah serupa dengan cara bagaimana UMNO BN merampas Perak.

Namun permerhati politik berpendapat kali ini usaha Najib akan menemui kegagalan kerana semua rahsia kebobrokan sistem pemerintahannya semakin terdedah. Segala usaha untuk memperhebatkan dirinya dan pemerintahan kerajaan UMNO BN di peringkat pusat akan tercemar ekoran tindakan bodohnya merampas negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat tanpa menunggu pilihanraya umum.

Najib telah dilihat mempersiapkan perancangan untuk merampas Kedah dengan membenarkan Polis bertindak melampaui batas ke atas ahli dan penyokong Pakatan Rakyat seperti apa yang berlaku ke atas Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan di hari penamaan calon Permatang Pasir tempohari.

Dalam satu perkembangan berkaitan, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Mohd Radzhi Salleh sebagai Anggota Exco Kerajaan Negeri akan ditentukan pucuk pimpinan PKR setelah beliau mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

Menurutnya, sebagai Menteri Besar, beliau berhak menggantikan mana-mana Exco yang tidak lagi mewakili parti pakatan pembangkang setelah memaklumkan dan diperkenankan Sultan Kedah kelak.

ADUN Lunas telah membuat kejutan mengumumkan keputusan keluar parti hari ini untuk menjadi wakil rakyat bebas tetapi pada masa yang sama tidak mahu melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri.

“Saya masih menunggu surat rasmi dari PKR mengenai kedudukan Radzhi dan jika pucuk pimpinan parti itu minta saya gantikan orang lain (Ahli Dewan Undangan Negeri dari PKR) maka saya akan ganti dengan orang lain,”

Difahamkan, Radzhi sengaja tidak meletakkan jawatan Exco untuk menimbulkan keadaan huru-hara di Kedah, supaya kemelut itu berpanjangan dan ada masa untuk Najib berserta kumpulannya memujuk MB Kedah untuk membentuk kerajaan bersama dengan BN.

Radzi mendakwa seramai 200 ahli PKR Padang Serai turut keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinannya setelah perjuangan parti itu kini tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya.

"200 orang dari sejumlah 25,709 pengundi yang mengikut beliau, bererti tidak sampai 1%. Oleh itu lebih baik Radzhi letak jawatan sebelum beliau menerima kutukan sampai ke anak cucu," tegas seorang pemimpin PKR di Kedah.

Kedah mempunyai mempunyai lima ADUN dari PKR dan tiga daripadanya, termasuk Mohd Radzhi dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Pas mempunyai 16 ADUN dan tujuh daripadanya dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. BN pula mempunyai 14 ADUN manakala DAP hanya seorang.

Oleh itu kerajaan Kedah tidak tergugat lansung dengan pengumuman Radzhi tersebut. Kerajaan Pakatan Rakyat masih lagi kukuh dengan 21 Pakatan Rakyat dan 16 BN.


BERITA SEBELUM INI

Rakyat di Dewan Undangan Negeri Lunas hari ini kesal dengan tindakan ADUN mereka yang mengumumkan keputusan keluar parti hari ini untuk menjadi wakil rakyat bebas tetapi pada masa yang sama tidak mahu melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri.

Seorang pemimpin PKR Bahagian hari ini mencabar Mohd Radzhi untuk meletakkan jawatan dan mengisytiharkan kerusi DUN Lunas kosong jika beliau ikhlas di dalam perjuangannya.

Apa yang nyata ini adalah satu permainan kotor orang-orang Perdana Menteri, Najib Tun Razak di dalam usaha untuk merampas negeri-negeri Pakatan Rakyat sepertimana mereka telah melakukan di Perak awal tahun ini.

Mohd Radzhi sebelum pun menafikan beliau dibeli atau dibayar kerana menjadi ahli Bebas. Namun beliau dicabar untuk bersumpah dengan Al-Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini jika benar beliau tidak disogok atau dibayar oleh pihak tertentu di dalam membuat keputusannya itu.

Banyak pihak termasuk pemerhati politik melihat isu terbaru ini sebagai usaha terdesak Najib dan UMNO BN untuk memenangi pilihanraya kecil Permatang Pasir dengan cara menjejaskan kredibiliti Pakatan Rakyat.

Namun yang nyata, Najib dan akan terus dilihat sebagai pemimpin dan parti yang bacul dan takut untuk menghadapi pilihanraya tetapi mencari jalan singkat dan mudah untuk menang iaitu dengan membeli ADUN-ADUN dan MP-MP Pakatan Rakyat yang mudah untuk disogokkan dengan nilai-nilai kebendaan seperti wang ringgit dan sebagainya.

Rakyat akan terus mengutuk tindakan Radhzi tersebut, lebih-lebih lagi tindakan Najib dan UMNO yang mempersendakan demokrasi serta pilihan rakyat di dalam negara ini dengan melakukan konspirasi untuk membeli ADUN-ADUN parti lawan mereka setelah gagal bertarung di dalam pilihanraya.

Greenboc

No comments

Powered by Blogger.