Wak Tempe Tunai Umrah. Bercakap Mengenai H1N1

H1N1: Isytiharkan Darurat
1. Wabak Selsema Babi atau H1N1 di Malaysia nampaknya kian serius. Setakat ini sudah lebih 60 orang meninggal dunia akibatnya.

2. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularannya.

3. Kerajaan perlu sedar bahawa langkah pencegahan sendiri yang disyor dan diamalkan sudah tidak lagi relevan.

4. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Kesihatan bahawa sukar untuk mengisytiharkan Darurat. Mengisytiharkan darurat bukan bermakna terdapat perintah berkurung dan sebagainya. Pengisytiharan darurat akan membolehkan seluruh jentera keselamatan terbabit dalam menangani isu ini.

5.Justeru bagi menangani secara serius penularan H1N1 ini kerajaan perlu mengisytiharkan Darurat atau State of Emergency. Pengisyitharan ini akan membolehkan satu Majlis Tindakan Khas ditubuhkan dan berkuasa penuh dalam membuat tindakan drastik bagi membendung wabak ini.

6. Melalui pengisytiharan Darurat ini kerajaan kemudiannya boleh mempertimbangkan langkah-langkah drastik termasuk menggunakan khidmat tentera bagi membantu kerja pemantauan, kuarantin dan pemindahan pesakit.

7. Beberapa tindakan perlu diberi perhatian kerajaan segera ialah:

a. Semua orang yang masuk ke negara ini hendaklah menjalankan ujian penyaringan
di pintu masuk. Penggunaan thermometer merupakan langkah awal yang paling cepat mengesan suhu badan yang menjadi ciri utama wabak ini. Sekiranya badan melebihi panas biasa ia hendaklah dikuarantin serta merta sehingga disahkan bebas H1N1.

b. Mana-mana individu yang didapati mempunyai tanda-tanda H1N1 hendaklah dikuarantin di suatu tempat selama tujuh hari atau sehingga dipastikan sama ada positif H1N1 atau tidak.

- Ini berbeza dengan keadaan sekarang iaitu banyak yang disuruh pulang kerana doktor berpendapat ia adalah demam biasa. Ada yang disyaki pula diarahkan pulang untuk menjalani kuarantin sendiri di rumah. Ini tentulah tidak berkesan kerana ia boleh membahayakan keluarga pula.

- Kerajaan perlu menggunakan premis khas sama ada kem, hotel mahu pun apa-apa bangunan yang boleh dijadikan pusat kuarantin dengan mempunyai pasukan petugas kesihatan yang memantaunya.

c. Kerajaan juga boleh menimbangkan mewajibkan penggunaan topeng muka di tempat awam dan mengedarkannya secara percuma kepada semua orang.

8. Alasan tidak cukup kakitangan dan kekangan kewangan bukan sesuatu yang tidak boleh diatasi. Sebab itu saya menyarankan pengisytiharan Darurat. Ini membolehkan kerajaan mengadakan satu peruntukan kewangan khas dan melakukan kerahan tenaga dari unit beruniform lain seperti tentera dan Rela.

9. Jangan berharap kepada kaedah pencegahan biasa terhadap wabak yang meragut nyawa ini. Wabak seperti ini tidak boleh bergantung kepada orang ramai atau awam kerana akan ada pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika untuk mengawal denggi pun sukar dilakukan oleh awam apatah lagi wabak yang mudah merebak seperti ini.

10. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur, ketika itu penyesalan tidak berguna lagi.

Nota: Saya mohon maaf jika tidak dapat memberi respon kepada komen saudara/i atau mengemaskini blog ini dengan kerap dalam tempoh seminggu dua yang akan datang kerana mengerjakan umrah. Bagaimanapun saya akan cuba melepaskan komen dan membuat catatan ringkas dari semasa ke semasa.

http://www.drkhir.com/


wak. rumah tinggal kat sapa? kahkahkahkahkah......

No comments

Powered by Blogger.