Penyokong UMNO Rasa Tertipu? Dengar la Penjelasan Ketua Penipu

BUKIT MERTAJAM 18 Ogos — Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pas tidak berhak untuk mempertikaikan pemilihan Rohaizat Othman sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir, 25 Ogos ini.

Katanya, hak untuk menentukan siapa calon yang sesuai dan layak mewakili BN terletak di tangan BN sendiri dan bukannya pihak lain.

“Apa nak dipertikaikan mengenai pemilihan Rohaizat ini? Pada kami, beliau adalah calon yang terbaik walaupun dia mempunyai sabitan dengan Majlis Peguam.

“Semalam, semasa penamaan calon, beliau membawa sekali ibubapa dan isterinya dan ini contoh anak yang baik kerana sentiasa mendapatkan restu keluarga,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, BN juga boleh mempertikai calon Pas, Mohd. Salleh Man jika ia mahu kerana parti itu meletakkan calon yang tidak pernah menang sekalipun walaupun pernah beberapa kali bertanding pada pilihan raya.

“Kita pun boleh pertikai calon dia, tetapi kita tidak mahu berbuat demikian.

Oleh itu, PAS dan pengarah pilihan rayanya, Datuk Mahfuz Omar tidak perlu membuat pelbagai kenyataan mengenai calon BN,” katanya. - Bernama

sampai muhyiddin pun kena tipu kat budak ni hahaha....malu beb!

No comments

Powered by Blogger.