Zakat Fitrah Di Selangor Kini RM7

SHAH ALAM 19 OGOS: Bayaran zakat fitrah di Selangor bagi tahun ini naik kepada RM7 daripada RM5.20 tahun lepas.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohd Adzib Mohammad Isa

berkata, kenaikan itu dipengaruhi kenaikan harga beras di pasaran.

Mohd Adzib berkata, seramai 2,435 amil dilantik untuk mengutip zakat fitrah

di negeri itu dan pihaknya turut membuka kaunter di beberapa pusat membeli belah

terpilih termasuk Centrepoint Klang, Giant Shah Alam, Pasaraya Mydin dan Jaya

Jusco Bukit Raja, Klang.

Lembaga Zakat Selangor membuka 22 kaunter di seluruh negeri tujuh hari

seminggu dari jam 8.30 pagi hingga 4,30 petang untuk hari bekerja dan dari

jam 9 pagi hingga 3 petang untuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, katanya pada

sidang akhbar di Shah Alam hari ini.

Bagi menyambut Aidilfitri, MAIS melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan hampir RM16 juta untuk diagihkan kepada 10,778 keluarga fakir dan 10,843 keluarga miskin di Selangor.

No comments

Powered by Blogger.