Dua pegawai istana Kelantan disaman
KOTA BHARU: Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, memfailkan saman terhadap dua pegawai pejabat Sultan Kelantan yang didakwa melafazkan perkataan bersifat umpatan dan fitnah berhubung masalah perkahwinan dengan isterinya Manohara Odelia Pinot.
Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Jalan Duta di sini pada 10 Ogos lalu, melalui peguam Tetuan J S Pillai & Mohd Haaziq dan salinan writ saman itu difaks ke pejabat Berita Harian di sini semalam.
Dalam pernyataan tuntutannya, Tengku Muhammad Fakhry (plaintif) menamakan Pegawai Tadbir (Pentadbiran) Pejabat Sultan Kelantan, Nik Mahmud Nik Jaafar sebagai defendan pertama dan Pengelola Istana Diraja Ke-lantan, Datuk Abdul Halim Hamad sebagai defendan kedua.
Tengku Temenggong yang juga putera ketiga Sultan Kelantan, mendakwa pada 15 Jun 2009, defendan pertama secara palsu dan niat jahat melafazkan perkataan yang bersifat umpatan dan fitnah yang kemudian diterbitkan di media.
Selain itu, plaintif mendakwa, pada tarikh sama, defendan kedua membenarkan defendan pertama melafazkan perkataan berkenaan.
Plaintif mendakwa, perkataan itu bermaksud asal dan biasa merujuk kepadanya.
Tengku Muhammad Fakhry mendakwa, perkataan terbabit dirancang untuk memperkecil dan merendahkan dalam segala sifat termasuk tetapi tidak terhad kepada mengaibkan pada pandangan ahli kerabat Diraja Kelantan, Kerajaan Malaysia dan rakyat.
Plaintif mendakwa, dakwaan dan sindiran itu tidak benar, tidak berasas serta berniat jahat sekali gus menyebabkan beliau mengalami kerugian dan kerosakan yang serius kepada reputasi peribadi.
Sehubungan itu, plaintif menuntut terhadap defendan pertama dan kedua ganti rugi fitnah, faedah pada kadar lapan peratus setahun di atas jumlah ganti rugi yang diberikan mengikut yang dari tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian sepenuhnya.

No comments
Post a Comment