Ketua Polis Kongsi Gelap Atau Kongsi Gelap Ketua Polis?



Beliau bukan sahaja sebagai Ketua Polis malahan ada hubungan dengan kongsi gelap. Inilah Ketua Polis Negara 1Malaysia. Apabila dijadikan 1Malaysia maka Ketua Polis pun bergabung bersama kongsi gelap. Betapa dangkal dan jijiknya perlakuan seorang Ketua Polis Malaysia.

Bukti yang jelas dengan dakwaan bahawa Ketua Polis Negara terlibat dengan kongsi gelap yang mana ada akuan bersumpah oleh pegawai polis kanan yang pernah berkhidmat di pejabat Musa Hassan. Akuan bersumpah itu telah didedahkan oleh bekas pembantu atau ADC (aide-de-camp) kepada Musa di sebuah blog.

Kenyataan bersumpah itu adalah susulan daripada akuan bersumpah oleh bekas pegawai polis lain yang tampil mengaitkan Musa dengan kongsi gelap. Akuan bersumpah itu adalah dari salah seorang lagi pegawai yang pernah bekerja rapat dengan Musa harus disiasat dengan bebas dan segera bagi menegelakkan system kepolisan menjadi porak-peranda.

Dalam akuan bersumpah terbaru, bekas ADC Musa mendakwa ditugaskan oleh Musa untuk “menyelaraskan arahan mengenai kenaikkan pangkat dan jawatan pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh BK Tan”- ketua sidiket jenayah terancang yang terlibat dalam pengedaran dadah, pelacuran, ceti haram dan perjudian haram.

Musa turut mengarahkan supaya diwujudkan blog untuk menuduh Timbalan Menteri Keselamatan Negeri ketika itu, Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta daripada tiga ketua jenayah.

Pegawai tertinggi polis itu turut mendalangi tindakan terhadap Pegarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusof dan pegawai lain kerana menyiasat beberapa ketua penjenayah dengn mengheret mereka ke SPRM yang dahulunya Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Bekas ADC berkenaan mendakwa pernah mengadu salah laku Musa kepada beberapa orang kenamaan termasuk Johari dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad. Bagaimanapun aduan itu tidak diendahkan dan kontrak Musa dilanjutkan dua tahun lagi pada 2007.

Inilah polis Malaysia yang dikatakan terbaik memburu penjenayah. Rupa-rupanya dialah penjenayah besar bertopengkan pakaian seragam polis. Ketua polis seperti syaitan bertopengkan manusia.

No comments

Powered by Blogger.