Ganyang Malaysia?
SEPT 4 -- “Ganyang”, “hancur”, “jatuh” dan yang sama erti dengannya merupakan satu perkataan yang mudah untuk diungkap. Lagi-lagi jika ditiup dengan api kemarahan, kebencian, prejudis dan yang lebih murni, kekecewaan.
Di Malaysia sendiri, saya sering mendengar dan kadang kala meneriak juga kata-kata seperti “Hancur BN”, “Jatuh Mahathir” dan yang sebaya maksudnya apabila keadaan dan suasana memerlukan saya berbuat demikian.
Saya sekarang berada di Jakarta dan Insya Allah akan meraikan hari lebaran (Hari Raya di Malaysia) 1430 Hijrah di tanah seberang. Sungguhpun ini bukanlah kali pertama saya ke Indonesia, saya pasti tidak terlepas untuk dipertanyakan tentang hal-hal yang membangkitkan rasa panas dan sensitif di sini terhadap Malaysia. Daripada isu pencerobohan armada Tentera Laut Diraja Malaysia di Ambalat (tidak pasti sama ada ia benar terjadi) yang sedang di dalam peringkat rundingan kedua-dua negara, kes Manohara, kes Malaysia sebagai pengeksport pengganas, isu maling (gelar untuk pencuri) lagu-lagu dan adat budaya dari Indonesia (yang terkini isu tarian pendet dari Bali), penindasan terhadap TKI dan beberapa lagi.
Oleh kerana akan berada di sini agak lama juga, saya membuat keputusan untuk menyewa kosan, istilah untuk bilik yang disewakan secara kontrak mengikut tempoh-tempoh tertentu. Agak mengejutkan juga apabila teman saya di sini menasihatkan untuk tidak mendedahkan identiti bahawa saya orang Malaysia kerana mungkin nanti dicurigai sebagai pengganas (terima kasih kepada Noordin Mat Top) dan yang sama erti negatif dengannya. Hal ini tidak dapat ditutup kerana pemilik kosan ini meminta saya memberi salinan KTP (Kartu Pengenalan Diri), maka akhirnya saya memberitahu pemilik yang saya panggil “Ibu” asal usul saya.
Syukur semuanya positif walaupun bertalu-talu juga disiasat dan setelah itu dipersoalkan tindakan-tindakan yang dilakukan Malaysia terhadap Indonesia, mujur saya tidak memberi apa-apa respon selain mengangguk dan tidak cuba untuk membuka diskusi, takut-takut nanti dihalau keluar. Jelas yang tergambar di sini adalah sikap sebahagian masyarakat Indonesia yang senang terpedaya dan termakan emosi nasionalisme sempit yang disensaikan oleh media-media di Indonesia, kebebasan media yang dirayakan setelah kejatuhan Suharto. Layari sahaja forum-forum anti-Malaysia dan juga anti-Indonesia untuk melihat betapa parahnya kebencian yang sedang merebak luas ini.
Namun di satu sisi yang lain, teman-teman saya di kalangan penulis, aktivis NGO, pemuzik, pencinta sukan pemotoran, pencinta kembara, pekerja seks, teman tapi mesra (TTM) dan bermacam-macam lagi mengalu-alukan kedatangan saya ke tanah mereka dengan hati yang gembira dan terbuka. Mereka ini sama seperti masyarakat Indonesia lain, sering menonton berita yang hampir setiap masa menghiasi kaca televisyen dan membaca surat-surat khabar harian yang dijual di mana-mana hatta di persimpangan jalan. Namun apa yang membezakan kelompok ini dengan yang lain adalah mereka inginkan maklumat yang seimbang dan berdasarkan fakta berbanding semangat dan emosional bersuntik nasionalisme melampau.
Kelompok ini cuba untuk memahami isu sebenar dengan melayari internet dan bertukar-tukar informasi dan pandangan terutama melalui Facebook, membaca buku di toko-toko yang bersepah di sini dan lebih ekstrem, membeli tiket murah AIr Asia atau Tiger Airways untuk turun sendiri melihat realiti. Namun ini semua tidaklah pula mengurangkan semangat cintakan negara mereka, bahkan semangat itu akan lebih baik dan mendalam kerana didasari dengan maklumat dan ilmu pengetahuan.
Saya sebelum tiba di Jakarta menghabiskan beberapa hari di Singapura untuk menghadiri festival muzik indie terbesar di sana, Baybeats 2009. Festival yang diperkenalkan pada tahun 2001 ini menjadi medan berhimpun pemuzik terutama asal Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina untuk berkongsi tempat dan pentas yang sama untuk menghibur dan saling mempelajari. Pergaulan saya bersama beberapa pemuzik mereka memperlihatkan bahawa apabila sikap ingin tahu dan komunikasi telah dicipta, segala prejudis dan kebencian yang dimomok-momok akan perlahan-lahan hilang.
Malaysia ganyang Malaysia
Hal ini mengingatkan apa yang terjadi di negara kita apabila sejak beberapa tahun kebelakangan, bendera kebangsaan iaitu Jalur Gemilang semakin kurang dikibarkan tatkala menjelang hari kemerdekaan. Apa puncanya? Jawapannya pelbagai, ada yang berkata bendera kebangsaan telah dieksploitasi oleh parti pemerintah seolah-olah menjadi milik mereka kerana formula Matematiknya seperti ini, Jalur Gemilang = Negara Malaysia = Barisan Nasional. Maka rakyat yang tidak menyokong kerajaan memerintah membuat keputusan untuk tidak menzahirkan rasa patriotik yang sama rasa membuaknya. Ini hanya satu, banyak lagi.
Sambutan kemerdekaan tahun ini pula dihangatkan dengan banyak pendedahan di laman Facebook dan juga blog tentang bagaimana bendera Malaysia dan lagu kebangsaan kita diciplak. Hal ini boleh dibaca lanjut dengan melayari laman blog saudara Hishamuddin Rais di http://tukartiub.blogspot.com. Menariknya pendedahan-pendedahan yang disiarkan ini dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri dan turut dibincangkan secara meluas di kalangan rakan-rakan secara jenaka mahupun serius. Satu perkara yang boleh disimpul di sini adalah hal-hal sebeginilah yang akan membuatkan rasa kecintaan kepada sesuatu negara itu akan lebih asli dan tidak dipaksa-paksa kerana cinta ini, seperti cinta berlainan atau sesama jantina harus datang dengan satu rasa iaitu, kejujuran.
Musuh bersama
“Ganyang Malaysia” yang sering diteriak dengan emosi membuak itu tidak lain tidak bukan merupakan rentetan dari banyak perkara yang sering terjadi di antara dua negara yang mempunyai hubungan yang sangat dinamik. Munculnya gerakan Reformasi di Indonesia yang membawa kejatuhan Suharto dan diikuti di Malaysia setelah itu ekoran pemecatan DS Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri telah membawa hubungan kedua negara ini ke arah yang tidak menentu.
Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir secara bijak menggunakan imej-imej negatif demonstrasi dan keganasan yang terjadi di Indonesia untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang ingin membuat perubahan yang diseru oleh parti-parti pembangkang yang membentuk Barisan Alternatif. Walaupun kondisi ekonomi, politik dan sosial di Indonesia mempunyai banyak perbezaan, itu tidak pernah menghalang media-media arus perdana di Malaysia yang dikawal pemerintah untuk memperlecehkan gerakan ke arah demokrasi yang terjadi di sana.
Lebih sedekad berlalu, Indonesia secara relatif mempunyai demokrasi yang boleh dibanggakan dan ekonomi yang semakin berkembang walaupun romantisme era Suharto masih terdengar di sana-sini dan media-media di Malaysia juga sudah mulai berkurangan menulis mengenai Indonesia secara negatif. Lalu apa yang terjadi pula adalah sebaliknya apabila media-media di Indonesia menyerang secara bertubi-tubi dan emosional terhadap setiap kesilapan yang dilakukan Malaysia baik oleh warga atau negara. Memang diakui ada kesilapan yang dilakukan di pihak Malaysia walaupun ada yang boleh diperdebatkan terutama tentang adat dan budaya. Namun untuk meneriak “Ganyang Malaysia” dan mendendang kata-kata perang dengan mudah tanpa berfikir panjang memperlihatkan bagaimana warga mudah dibeli emosi dan semangat mereka untuk kepentingan yang dicurigai.
Banyak teman di Indonesia mengatakan situasi yang terjadi sekarang tidak akan bertambah buruk jikalau tidak dieksplotasi oleh pihak-pihak berkepentingan yang tidak berpuas hati dengan hal-hal politik domestik Indonesia. Tanpa niat menghina perasaan terluka sebahagian rakyat Indonesia yang benar-benar diinjak maruah mereka, saya bersetuju kerana hal sama juga yang terjadi di Malaysia apabila pihak-pihak tertentu terutama pemerintah sering mencari musuh bersama untuk rakyat dikhayalkan daripada hal sebenar, contoh Singapura.
Ada tercatat bahawa, “Ganyang Malaysia” yang dikepalai Sukarno dahulu gagal kerana didakwa ada unsur sabotaj dalaman dari Angkatan Darat mereka yang mendapat arahan daripada jeneral pada waktu itu, Soeharto. Jadi perang tidaklah semudah yang disangka terutama untuk rakyat biasa yang berkobar-kobar, kelak mati katak dan pemimpin sentiasa di ranjang menikmati malam.
Menerusi diskusi-diskusi di forum, kita akan berhadapan dengan kelompok cinta damai Malaysia-Indonesia yang kontradiksi apabila semangat kebencian diarahkan pula kepada orang Cina dan Yahudi terutamanya. Musuh bersama yang sering dicipta untuk kepentingan yang bermacam-macam, pastinya bukan cinta jenis ini yang diajar oleh Tuhan kepada umatnya.
Maka dengan itu, saya menyeru kepada semua rakyat terutama generasi muda Malaysia dan Indonesia untuk tidak tunduk kepada permainan media dan pemimpin-pemimpin politik yang tidak rasional. Beza kita dengan generasi terdahulu adalah kekayaan khazanah maklumat dan ilmu pengetahuan di depan mata, hanya tinggal kita mahu atau tidak.
sumber

No comments
Post a Comment