Anwar Tak Releven? Perasuah Sangat Releven!

'Faktor Anwar tak lagi relevan'



PORT DICKSON: Strategi pembangkang untuk menggempur dengan membawa pemimpin utama mereka, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkempen dan berceramah pada tiga malam terakhir sebelum hari pengundian pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Ahad ini, tidak akan mempengaruhi pengundi.

Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad, berkata faktor Anwar tidak lagi relevan dalam mempengaruhi keputusan pilihan raya kerana orang ramai sudah mengetahui sejarah hidup dan temberang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Itu hak dia nak datang, sebelum ini pun dia ada datang, jadi terserah kepada dia. Takpalah, biar kita sama-sama berkempen dan tengok siapa yang akan rakyat pilih.

"Pemimpin utama Umno dan BN juga datang, jadi saya tiada masalah. Orang pun tahu siapa Anwar dan saya yakin kedatangannya tidak akan mempengaruhi pengundi," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Rumah Komuniti Port Dickson berkata demikian ketika ditemui sempena sambutan Aidilfitri anjuran rumah berkenaan di Batu 7 Jalan Pantai di sini, semalam.



Mohd Isa mengulas strategi Pas yang mahu menggempur tiga malam terakhir dengan membawa pemimpin utama seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Anwar untuk ceramah dan berkempen.

Mohd Isa juga membidas Ahli Parlimen Kubang Kerian merangkap Pengarah Induk Pas bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Salahuddin Ayub yang menggelarnya ikon pembangunan palsu Telok Kemang.

"Siapa dia nak gelar saya, tapi yang pasti Telok Kemang lebih maju dari Kubang Kerian. Yang palsu dia... pemimpin yang tidak membangunkan Kubang Kerian," katanya.

No comments

Powered by Blogger.