Apabila Mahathir Bercakap Halal Haram Dalam Pas! Anak Tun Bapak Arak Macam Mana?

Pas sanggup halalkan apa saja: Dr M

DUNGUN: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Pas kini sanggup melakukan apa saja bagi meraih sokongan rakyat, termasuk membentuk kerjasama dengan parti bukan Islam.

Bekas Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukan Pas itu jelas memperlihatkan bahawa mereka sanggup menghalalkan apa saja termasuk dalam isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

“Dulu, Pas kata kalau bekerjasama dengan orang bukan Islam kita akan jadi kafir... sekarang ini bukan saja (Pas) bekerjasama dengan bukan Islam tapi dia (Pas) kata ternak babi pun takpa.

“Betullah dalam al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi dan dia (al-Quran) tak kata tak boleh ternak... tapi kalau kita ambil tafsiran yang macam itu maknanya kita boleh ternak babi, kita boleh jual babi, kita boleh hidang babi dan kita boleh masak tapi jangan makan. (Adakah) kita nak setuju juga dengan orang (yang berpendirian) seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Dari Minda Tun Mahathir: Ketuanan Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun di sini, semalam. Hadir sama Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, jika pemimpin tiada pendirian disokong, ia jelas menunjukkan rakyat juga tidak mempunyai pendirian dalam membangun dan mempertahankan maruah bangsa.

Sehubungan itu, beliau berkata, Umno masih relevan sebagai parti perjuangan orang Melayu, bagaimanapun pemimpin parti mesti bertindak bijak dan sanggup mempersoalkan sebarang perlakuan yang dilihat tidak betul dan boleh menjejaskan imej serta reputasi parti.

“Kalau kita bertindak dalam politik berasaskan kepada kepentingan diri bukan kepentingan bangsa, agama dan tanah air, sudah tentulah kepentingan bangsa agama serta tanah air akan akan rosak dan tak tercapai,” katanya.

1 comment

CUPING MERAH said...

yang haram bagi madey mencuri jee..

Powered by Blogger.