Aset RM3 billion? Siasat Saya! – Anwar Ibrahim

Sekonyong-konyong Khairy Jamaluddin, menantu Mantan PM menyalak bukit. Mungkin tak mahu kalah dengan bebayang Aziz Sang Putera UMNO yang berjaya membadutkan dirinya dengan tuduhan liar dipukul sembilan pemuda PAS tanpa bukti, kini Khairy Jamaluddin pula cuba membawa satu lagi lelucon untuk dihidang dalam kemeriah PRK Bagan Pinang menjelang beberapi hari dari tarikh pengundian.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang gagal diberi sebarang jawatan signifikan dalam pentadbiran Najib Tun Razak dilihat cuba menjadi ikon anti-rasuah kerana tertekan akibat serangan bertalu-talu Pakatan rakyat ke atas calon DUN di Bagan Pinang yang dikenali umum sebagai ikon rasuah dengan sabitan yang dijatuhkan oleh partinya sendiri. Walaupun cuba mengelirukan rakyat dengan terma teknikal, kesalahan dalaman parti dan lain-lain alasan tak masuk akal, BN dilihat cuba bergelut dengan keadaan bagi meneyelamatkan calon mereka daripada dimalukan. Dalam konteks Bagan Pinang, sekiranya calon PAS boleh mengurangkan majoriti BN itu sudah boleh dianggap kejayaan yang cukup baik memandangkan ini adalah pilihanraya kecil yang melibatkan jumlah pengundi pos yang sangat-sangat tinggi ditambah pula dijalankan di kubu karat UMNO sendiri. Ini yang mendorong kenyataan Najib Tun Razak semalam yang menyifatkan bahawa tumpuan UMNo kini adalah untuk menang dalam PRK ini dan majoriti merupakan soal kedua. Ini nyata sebuah kenyataan yang amat berbeza jika dibandingkan dengan keangkuhan yang sudah menjadi lambang UMNO tiap kali pilihanraya yang mencanang akan menghilangkan wang deposit lawannya.isa

Kenyataan Khairy Jamaluddin yang diasakan kepada Statutory Declaration bekas penolong Gabenor Bank Negara pada 1999 menampakkan betapa cetek akal beliau untuk menilai bahawa kenyataan itu sudahpun ditarik semula dan BPR pada waktu itu telah membuang kes tersebut sewaktu Anwar masih dalam tahanan polis. Sekiranya wujud pertuduhan bahawa Anwar Ibrahim mempunyai aset gelap sebanayak RM3 billion , sudah pasti kes ini akan didedahkan kepada umum semenjak 1999 lagi dan diulang tayang setiap kali pilihanraya. Umum mengetahui betapa jahat usaha mengaibkan Anwar dan sekiranya perkara ini benar-benar mempunyai bukti yang kukuh, maka telah lama ianya menjadi mainan media.

anwarAnwar mencabar agar pihak SPRM dan POLIS menyiasat kes ini dan turut mencabar agar Khairy Jamaluddin dan calon UMNO, Isa Samad juga disiasat sama. Ini boleh menunjukkan bagaimana begitu banyak rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang melibatkan jutaan ringgit oleh kedua pihak berlaku semenjak memegang kuasa. Malaysia juga tidak lupa bahawa Khairy Jamaluddin pernah menjadi “penggangur yang paling kaya’ di Malaysia sewaktu bapa mertua beliau merupakan seorang Perdana Menteri. Begitu juga Isa Samad yang kini digelar Maskot Rasuah. Penyelewengan, penipuan dan rasuah bermaharajalela sewaktu beliau menjadi orang kanan UMNO dan Menteri Besar. Kesemua ini dapat dibuktikan dengan nyata namun SPRM hanya mampu membutakan mata dan memekakkan telinga keran ia melibatkan tuan besar mereka, UMNO & Barisan Nasional! Dari kes penipuan kepada kumpulan peniaga babi hinggalah kelulusan tanah pantai Teluk Kemang kepada AJK UMNO Bahagian, janji palsu pilihanraya, projek-projek terbengkalai,kes tanah FELDA dan banyak lagi telah dibuktikan hampir setiap malam melalui kempen dan ceramah Pakatan Rakyat. tetapi Polis & SPR lebih berminat mencabut dan membuang bendera PKR dan DAP!

No comments

Powered by Blogger.