Mari kita baca, siapa yang untung dengan kontrak kapal tentera laut tahun 2007 dahulu
Artikel ini asalnya disiarkan pada 14 September 2007 selepas Ketua Audit Negara mengeluarkan laporan audit tentang pengurusan wang kerajaan.
Di dalam laporan itu, terdapat banyak kes salahlaku pengurusan wang kerajaan yang melibatkan kerugian berbillion ringgit.
Salah satu kerugian wang rakyat yang disebut didalam laporan itu ialah bagaimana PSC Naval Dockyard yang mendapat kontrak untuk membina 6 buah kapal peninjau Tentera Laut bernilai RM4.9 Billion telah dinaikkan kepada RM6.75 Billion.
Kerajaan juga terus bermurah hati apabila memberi pengecualian kepada PSCND untuk tidak membayar penalti akibat kelewatan menyerahkan kapal-kapal tersebut.
Jadi, setelah kejadian kapal tentera laut KD Seri Inderapura yang terbakar semalam, maka saya siarkan sekali lagi kisah ini untuk kita imbau bersama.
Saya juga hairan bagaimana menteri boleh membuat keputusan untuk membeli sebuah lagi kapal perang untuk menggantikan kapal yang terbakar itu hanya dibuat melalui panggilan telefon kepada Perdana Menteri yang berada di luar negara dan tanpa melalui mesyuarat kabinet.
Ini kapal punya cerita
September 14, 2007 at 10:47 pm (Uncategorized) · Edit
Jikalau kita pergi membeli belah di pasar, tawar menawar menang sudah menjadi lumrah di kalangan kita untuk mendapatkan harga yang terbaik. Bagi pihak penjual, tentulah mereka akan berusaha untuk mengekalkan margin keuntungan mereka dan pembeli pula tentu mahu menambah nilai bagi setiap wang ringgit yang mereka belanjakan. Begitulah jikalau ingin menjadi pengguna yang bijak.
Perkara sebegini tidak pula menjadi amalan kerajaan Malaysia. Perbuatan memboros tidak cermat berbelanja mereka semakin menjadi-jadi dan perkara tersebut tidak kira bermula dari menteri biasa hinggalah kepada Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri itu sendiri.
Jikalau wang dibelanjakan itu adalah wang mereka, maka, tidak perlulah saya bersusah payah hendak menulis di laman blog ini. Perkara yang menjadi masalah utama ialah apabila wang rakyat dan pembayar cukai dibelanjakan sesuka hati tidak ubah seperti wang dari hasil emak atau ayah mereka sendiri.
Antara penyelewengan dan salah urus yang terdapat di dalam laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan baru-baru ini ialah mengenai tender pembelian enam buah kapal peninjau Tentera Laut dari PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd yang berpengkalan di Lumut, Perak itu.
Tender tersebut merupakan salah urus terbesar di dalam satu kes yang dilaporkan di dalam laporan tersebut.
Memang pelik, bagaimana kontrak asal yang bernilai RM4.9 Billion telah dinaikkan sebanyak 38% kepada RM6.75 Billion dan mendapat kelulusan dari kabinet. Itu tidak termasuk lagi dengan sifat bermurah hati kerajaan yang mengecualikan PSC-NDSB dari dikenakan penalti akibat kelewatan menghantar kapal tersebut sebanyak RM214 juta.
Perlu di ingat, wang yang berbillion-billion ringgit itu adalah wang rakyat, bukannya wang Najib, Pak Lah atau para menteri lain. Tambahan pula, tender tersebut dibuat tanpa melalui proses tender awam secara terbuka dan telus.
Menurut kontrak tersebut, PSC-NDSB bersetuju untuk membina dan menghantar enam buah kapal peninjau Tentera Laut pada harga tender bernilai RM4.9 Billion. Bagaimanapun, harga tender tersebut telah dinaikkan kepada RM5.35 Billion pada September 1998 dan seterusnya dinaikkan lagi kepada 6.75 Billion pada Januari 2007.
Mengikut kontrak, kesemua kapal tersebut perlu dihantar sebelum bulan April 2007 dan penghantaran pertama perlu dilakukan pada bulan Mac 2004. Penalti akan dikenakan sebanyak 0.5% dari nilai kontrak bagi setiap bulan jika berlaku kelewatan penghantaran. Bagaimana pun, maksimum nilai penalti bagi lewat penghantaran itu dihad kepada RM53.5 juta, juga diatas kebaikan dan sifat pemurah kerajaan Malaysia kepada kontraktor.
Bagaimanapun, hanya pada bulan Jun 2006, barulah penghantaran pertama telah dibuat dan bulan berikutnya untuk penghantaran kedua kapal tersebut. Namum begitu, terdapat 100 laporan kerja tidak lengkap pada kapal yang pertama itu dan 383 pada kapal yang kedua pada masa ianya diterima. Juga terdapat 298 aduan mengenai operasi bagi kedua-dua kapal tersebut. Ini menjadikan kapal-kapal tersebut tidak menepati syarat spesifikasi teknikal yang ditetapkan dan ianya tidak dapat beroprasai pada tahap maksimum serta membahayakan keselamatan dan nyawa para tentera laut kita.
Baki empat lagi kapal peninjau tersebut masih belum diterima lagi sehingga ke hari ini.
Menurut laporan itu lagi, akibat kelewatan penghantaran kapal-kapal tersebut, kerajaan berhak untuk menuntut ganti rugi dari PSC-Naval Dockyard sebanyak RM214 juta, tetapi pada 29hb November 2006, kerajaan telah bermurah hati untuk menghapuskan penalti tersebut.
Tambah mengejutkan, didalam laporan tersebut menyebut, pada hujung tahun 2006, kerajaan telah membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM4.26 Billion kepada kontraktor walaupun kerja yang baru disiapkan cuma bernilai RM2.87 Billion. Bagaimana kerajaan Malaysia berani mengambil risiko kehilangan atau kerugian RM1.4 Billion jikalau kontraktor tersebut lari atau gagal untuk menyiapkan projek tersebut?
Siasatan badan bebas perlu ditubuh untuk menyiasat bagaimana penyelewengan dan pembaziran wang rakyat ini sudah berlaku. Di dalam keadaan rakyat hidup tertekan akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan, kerajaan secara tidak bertanggungjawab telah mengkhianati amanah yang telah diberikan kepada mereka.
Sungguh pelik, kontrak yang dinaikkan sebanyak dua kali itu pada tender asal bernilai RM4.9 Billion, telah dinaikkan kepada RM5.35 Billion dan seterusnya kepada RM6.75 Billion. Kerajaan juga telah memberi kemudahan kepada kontraktor dengan menghapuskan denda akibat kelewatan menghantar kapal-kapal tersebut sebanyak RM214 juta dan Kerajaan Malaysia terus bermurah hati dengan memberi wang pendahuluan sebanyak RM4.26 Billion walaupun kerja-kerja belum lagi mencapai tahap 50% siap secara keseluruhannya.
Di dalam hal ini, Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Perdana Menteri sendiri dan Kementerian Pertahanan yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri harus bertanggungjawap diatas kecuaian, salah urus dan ia merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia. Perbuatan dua orang yang paling atas di dalam pentadbiran negara ini tidak harus dibiarkan berlalu sebegitu sahaja. Rakyat harus bertindak kerana mereka telah gagal untuk memikul amanah dan mandat yang telah diberikan oleh raykat.
Apalagi yang boleh rakyat Malaysia harapkan selain terus menyisat perbuatan keji mereka berdua ini dan seterusnya tidak memberikan undi mereka didalam pilihanraya akan datang agar mereka berdua dapat di bawa ke muka pengadilan dan diadili secara bebas dan saksama. Jikalau mereka berdua masih bertahan di kerusi yang sama selepas pilihanraya akan datang, rakyat jangan haraplah mereka akan dibawa ke muka pengadilan dan pengkhianatan seperti ini akan terus berleluasa. Mereka harus dihukum.
http://lordazaab.wordpress.com/2009/10/09/mari-kita-baca-siapa-yang-untung-dengan-kontrak-kapal-tentera-laut-tahun-2007-dahulu/#more-2328

No comments
Post a Comment