Awas Malam Ini! Ada Perarakan Haram Guna Lambang PAS!

Satu pihak yang dipercayai di dalangi Umno telah membuat satu perancangan yang berniat menimbulkan imej yang kurang sihat terhadap Pakatan Rakyat kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam satu Satu sidang media tergempar PAS yang telah diadakan sebentar tadi di Markas Induk PAS Bagan Pinang.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, "Kita dapat info mengatakan bahawa ada pihak telah merancang beberapa perarakan berkereta/motor yang akan menggunakan lambang PAS/PKR/DAP (Pakatan Rakyat) dengan niat hendak memburuk-burukkan imej Pakatan Rakyat menjelang hari pengundian esok".

Menurutnya, kumpulan-kumpulan ini akan berarak ke dalam taman-taman perumahan terutamanya di kawasan penduduk Cina dan India, juga di jalan-jalan raya dan kemungkinan besar, kumpulan ini juga akan membuat bising sambil menjerit-jerit perkataan "Re For Ma Si" dan juga bertakbir.

Pada masa ini juga (ketika sidang media sedang diadakan), wakil pihak keselamatan Pakatan Rakyat sedang berada di IPD Port Dickson dan sedang dalam proses membuat laporan kepada pihak PDRM terhadap maklumat ini sebagai tindakan berjaga-jaga.

Sumber juga mengatakan bahawa kumpulan ini telah dibekal dengan pakaian-pakaian berlambang PAS untuk mengelirukan orang ramai.

Dato' Mahfuz dalam sidang media sebentar tadi juga menasihatkan semua penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak menyertai atau mengadakan apa-apa perarakan kerana pihak PAS tidak pernah menganjurkan mana-mana perarakan baik dengan motor atau kereta.

No comments

Powered by Blogger.