Bajet 2010: Kerajaan Negeri Beri tumpuan Kepada Keselamatan Orang Ramai

SHAH ALAM, 14 Oktober - Kerajaan negeri akan memberi tumpuan lebih kepada aspek keselamatan orang ramai dinegeri ini sebagai pendekatan baharu dalam penyediaan bajet 2010.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata usaha ke arah itu masih lagi dalam peringkat perbincangan bersama pihak terlibat termasuklah Pihak Berkuasa Tempatan,Polis dan Rela.

“Kita dapati masyarakat merasakan perlu kerajaan negeri bersama dengan pihak polis mengadakan program supaya keselamatan penduduk negeri Selangor ini dapat dijaga dan saya merasa untuk ini saya perlu dengar penjelasan daripada PBT yang mana kawasan bandar apakah yang perlu dilakukan.Dengan cara itu kita boleh buat belanjawan yang dapat menyokong usaha-usaha yang mereka lakukan”,katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco, di Shah Alam, petang tadi.

Menurutnya kerajaan negeri juga bersedia memberi peruntukan untuk menyokong usaha-usaha tersebut.

“Keputusan kita kerajaan negeri sanggup membuat peruntukan untuk menyelesaikan masalah-masalah dan mengurangkan keadaan kecurian seterusnya demi menjaga keselamtan penduduk negeri Selangor”,katanya.

Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri akan mewujudkan satu laman sesawang untuk pakej ransangan ekonomi Selangor.

Katanya, rakyat di negeri ini boleh melayari laman sesawang tersebut untuk mengetahui perkembangan terkini di Selangor.

Kita agak transparent kerja-kerja yang kita lakukan bukan sahaja pegawai-pegawai kerajaan tahu tentang pakej ini,tapi rakyat akan sentiasa di beritahu tentang perkembangan-perkembangan yang kita lakukan”,katanya.

No comments

Powered by Blogger.