Pasaraya Giant Tipu Pengguna – Giant Nak Kena Boikot Ke?

Kalau tak ada angin masakan daun pokok melambai. Ni saya baca dari emel gang-gang yahoo group mengenai Giant Hypermarket ni menipu pengguna.

Ceritanya, barangan di Giant ni akan dilabel dengan tanda harga yang murah tetapi apabila discan di kaunter pembayaran harganya akan lebih mahal dari apa yang dilabelkan. Mungkin kalau anda membeli 1,2 barang sahaja perbezaan harga ini tidak ketara tetapi kalau beli dalam kuantiti yang banyak perbezaannya jelas terasa tidak berbaloi-baloi.

Baca emel ini :

huhuhu sama la ngan giant kat the mines shopping complex. dah bnyak kali berlaku. bila kita report kat customer service diorng bg alasan maaf cik ada miscomuniction ngan pekerja kami. diorng orng nepal x fhm apa kita ckp. BAEKKKKKKKKKKKkk punya alasan. klau dah x fhm buat apa ambil bekerja. lg 1 klau ada promosi dlm katalog diorng u all kna double cek coz mcm kes mmber…dia beli brng dia tngok kat pempamer harga dia letak harga promosi tp bila scan kat kaunter harga lain. mula2 ktorng x perasan tp 1 of my officer perasan dia calculate total brg sume beza ngan total brg kat counter. klau beza seringgit blh maaf lagi la. tp klau dah rm20+ xkan nk diam kan. ni bru sorng kna. klau sehari 5 orng cmana?????

Ni pulak :

masa beli “tuna mayonesse” dalam tin kat giant setiawangsa.
masa tu promosi jugaklaaa.. harganya RM2.90 kat label tu, jadi kami pun ambillah 5 tin, tapi bila sampai kat cashier, dia punch RM3.20. maka terjadilah perdebatan sekejap.
yang bertugas hari tu pun bergegaslah ke shelves tempat letak benda tu, nak confirmkan harganya. memang sah harganya RM2.90 maka secara automatiknya kena bagi harga tu laa kan…
tapi lepas tu. ada budak yang kena marah….
sampai hari ni, tak cecah kaki kat giant tu… menyampah..
tapikan, rasa rasanya sejak kebelakangan ini, kebanyakkan hypermarket ni kan , harganya mendadak naik tanpa org ramai perasan. kat senawang pun gitu, harganya kena perati betul2.. kat rak lain harganya, tapi bila punch lain harganya…
bila silap punch, dia suruh kita claim kat customer service, dan bila kat customer service, muncungnya mau panjang sedepa dok buat price adjustment

Ada lagi…

Saya pun pernah kena di Giant Batu Caves setahun yg lepas…., saya telah menbeli rice cooker jenama phillips size
kecil… Harganya dalam RM98.9 tp bila punch harganya dalam RM129.90… Bila saya tanya pd cashier tu dia ckap 2 masa
diskaun kak, sekarang dah x lagi… saya dah naik angin n tanya kenapa x tukar harga yang baru…dia senyap sahaja…
saya masih tidak berpuas hati tetapi adik saya tidak mahu memanjangkan cerita…menarik saya keluar kerana sudah menjadi perhatian org…

Lain-lain Pasaraya juga ada :

baru ni saya pun terkena jugak kat carfour wangsa maju… brg2 lain sumer ok dia punch.. sama harga kat rak (mujur saya catat harga dlm hp..hahaha). .skali beg sampah satu bungkus yg sederhana tu kat rak harga rm6.10, tp bila letak kat barcode reader tu jadi rm7.75..saya tanya la.. apsal harga lain dgn kat rak.. dia kata harga dah berubah..ceh. . apsal tak tukar yg kat rak tu? saya nak argue jugak, tp sbb ramai yg beratur kat blakang, tak mau pjgkan cerita…

dengan yang ni :

hari ni saya pun terkena jugak kat JJ AU2 Setiawangsa, harga yg dia punch RM9.90 harga kat rak RM6.90 nasib baik beli satu item jer boleh ler parasan klu bnyk myb xperasan ler.
Bile info ader ker suruh kt tunjuk kat mner harga barang tu n bile dah tunjuk bkn nyer nak ckap maaf ker apa terus letak barang yg kita beli kat tmpat asal.
Bengang jugak ler masa 2 tapi diam jer n kena g kat customer service lepas tu baru ler selesai.

Kebanyakan tempat ni di KL dan Selangor tempat-tempat lain tiada lagi komen negatif dan mungkin juga belum lagi nak kongsi.

Jadi, lepas ni kalau beli barang di pasaraya mana-mana baik tengok betul-betul harga pada tanda harga dan harga pada masa dia scan tuh.

Anda pernah terkena jugak?

1 comment

Mas Putih said...

Samalah juga ceritanya kat Giant Melaka, kena pada diri saya. Beli beg sekolah anak saya. Dekat price tag tulis 80+, tapi bila balik rumah baru perasan kat resit tulis 129+. Memang saya naik angin, tapi dah tak larat nak naik tangga turun tangga gi Giant. So sekarang memang saya tak pernah lagi beli kat giant. Dah 1 tahun lebih benda ini berlaku.

Powered by Blogger.