Beza Nizar Gadai Tanah Melayu Dengan Zambry Haram Gadai Tanah?


Sama tapi tak serupa

KUALA LUMPUR 15 Okt — Kerajaan negeri Perak mengumumkan peruntukan tanah seluas 800 hektar untuk manfaat Tabung Pendidikan dan Pengupayaan Pendidikan Kaum India di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tanah itu akan diusahakan oleh Yayasan Perak dengan tanaman kelapa sawit dan hasilnya akan disalurkan kepada tabung itu untuk diagihkan kepada pelajar miskin.

"Saya berharap ini merupakan berita gembira kepada kaum India sempena sambutan Deepavali Sabtu ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Katanya usaha itu merupakan komitmen kerajaan negeri membantu meringankan beban kewangan semua kaum yang menghadapi masalah melanjutkan pelajaran di negeri itu.

Sebelum ini, menurutnya, sejumlah 2,000 hektar tanah juga dikenalpasti untuk memberi faedah kepada lebih 700 Sekolah Agama Rakyat (SAR) manakala 1,000 hektar lagi untuk faedah sekolah persendirian Cina. sumber



* dulu riuh satu Malaya nizar gadai tanah dekat cina serta niza boneka cina...... le ni moh kita riuh satu dunia Zambri gadai tanah dekat spesis yang hampir sama dengan beliau *

No comments

Powered by Blogger.