Gempar,kecoh,hingar bingar apabila Tuan Guru Nik Aziz melontarkan saranan

Kiriman cucutokayah

Aku telah cuba menahan diri dari mengulas isu ini tetapi ternyata aku gagal untuk terus diam apabila melihat ulasan dan laporan dari blog pro PAS sendiri seolah-olah nanar dan histeria, merapu meraban cam orang meroyan mengutuk Tuan Guru Nik Aziz.
Gempar,kecoh,hingar bingar apabila Tuan Guru Nik Aziz melontarkan saranan supaya PAS mengadakan Muktamar Khas.
Tidak ada salahnya dengan saranan TGNA,tidak ada silapnya...




Yang silap adalah kita yang gagal memahami msg yang cuba disampaikan oleh TGNA.

Apabila TGNA menyatakan bahawa UM-no perlu mengubah 'dasar'nya yang assabiyyah kepada 'dasar' Islam,UM-no gagal memahami massage yang cuba disampaikan oleh TGNA.Sehinggakan ada yang menyatakan TGNA telah sesat.Naina Merican yang tak berapa nak melayu itu pun mengutuk TGNA didalam Perhimpunan Agung UM-no dengan menyatakan TGNA sesat tetapi gagal diambil tindakan oleh puak-puak yang dianggap ulama didalam UM-no.

Isu Muktamar Khas PAS juga sama,aku menyangkakan hanya UM-no yang gagal memahami tetapi rupanya masih ramai didalam PAS yang meraba-raba mencari intipati saranan TGNA.

Isu ini telah timbul dulu dan telah membuatkan banyak pihak didalam PAS yang kelam kabut dan nanar termasuk juga dikalangan pimpinan.

TGNA juga telah mengadakan pertemuan dengan pimpinan tertinggi PAS sebelum ini dan jalan penyelesaian telah disepakati bahawa PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat,sesuai dengan keputusan yang dicapai didalam Muktamar diIpoh dahulu.

Namun jalan penyelesaian itu ternyata tidak selamanya dipatuhi,bila mana masih ada kalangan pimpinan PAS (segelintir) yang seolah-olah masih terliur untuk meneruskan agenda tersembunyi dengan meneruskan perbincangan tersembunyi dengan puak-puak UM-no dan terus menerus membuat tindakan yang bertentangan dengan kesepakatan yang telah dicapai.

Nasihat yang diberi,tidak diendahkan,iya didepan tetapi mencebek dibelakang. (kalu di Kelantan orang panggil 'ho kera' ) mengiyakan didepan tetapi terus tidak menendahkan dibelakang.

Maka sebagai 'orang tua' didalam PAS,TGNA perlu menyatakan perkara ini hanya semata-mata kerana sifat dirinya yang sayang kepada PAS dan tidak mahu melihat PAS mengadaikan maruahnya untuk bersekongkol dengan UM-no.

Biarlah perwakilan yang menentukan pendirian mereka terhadap individu-individu yang dimaksudkan oleh TGNA.

Cuba lihat PAS dari sudut TGNA,insyaALlah kita akan nampak apa yang cuba dilontarkan oleh TGNA

No comments

Powered by Blogger.