Ingatan Sultan Selangor Kepada Bakal Haji, Bakal Haji Teruja Dan Gembira Tunaikan Haji
SHAH ALAM, 4 Oktober - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal jemaah haji di negeri ini agar sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan dengan baik sepanjang berada di tanah suci.
Ini kerana titah baginda, perkara itu perlu diutamakan apabila baru-baru ini Negara telah dikejutkan dengan penyebaran wabak Influenza A H1N1 yang telah mengorbankan jumlah besar penduduk di serata dunia.
Titah baginda Sultan selain daripada mensucikan dosa-dosa, ibadat haji juga merupakan ibadah yang memerlukan kesungguhan dan pengorbanan fizikal, mental serta material untuk menghambakan diri kepada Allah.
“Ibadat haji juga merupakan kemuncak pengorbanan seseorang hamba kepada Allah dan mempunyai kelebihan dan ganjaran yang banyak serta hikmah yang besar,” titah baginda.
Sultan Sharafuddin bertitah demikian semasa merasmikan majlis Penutupan Kursus Haji Perdana Peringkat Negeri Selangor 1430 Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pagi tadi.
Titah baginda lagi kepada bakal haji agar menjauhkan diri dari terlibat sama dengan sebarang bentuk aktiviti yang bercanggah dengan peraturan kerajaan Arab Saudi.
Titah baginda, apa yang penting bakal haji perlu memberi kerjasama kepada Lembaga Tabung Haji yang akan sentiasa mengambil langkah bagi menjamin keselamatan mereka.
Baginda Sultan turut memberi pengiktirafan kepada Lembaga Tabung Haji sebagai agensi yang terbaik menguruskan dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah haji di Tanah Suci.
Pada majlis sama, baginda Sultan turut berkenan mengurniakan cenderahati kepada bakal-bakal haji di daerah-daerah negeri Selangor.
Baginda Sultan turut bertitah agar bakal haji mempamerkan budi pekerti yang baik dan disiplin sewaktu mengerjakan haji dan mengharapkan semoga dikurniakan haji yang mabrur.
“Tunjukkanlah kepada masyarakat Islam yang datang dari Negara lain akan ketinggian budi pekerti serta disiplin warga Malaysia. Jauhilah bentuk perkara yang boleh mencacatkan pandangan masyarakat luar terhadap Negara kita,” titah baginda Sultan.
Baginda Sultan yakin bakal haji dari negeri Selangor yang berjumlah lebih 4,000 orang itu mempunyai kesedaran tinggi selepas mengikuti kursus intensif yang dijalankan selama dua hari, dan kursus-kursus sebelum ini.
Majlis turut di hadiri Mufti Selangor, Dato Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Dato Setia Mohammad Adzib Mohd Isa, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato Dr Hasan Ali, dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Malaysia, Tan Sri Abi Musa Asaari Mohd Noor.
Sementara itu, bakal jemaah haji pasangan suami isteri yang ditemui, Norhayati Adam Malik, 54 tahun dan suaminya, Jaidir Zainuddin, 59 tahun melahirkan rasa bersyukur kerana terpilih dapat menunaikan haji tahun ini.
Mereka terharu dan rasa tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke tanah suci mekah hasil duit pemberian anaknya. Bagi mereka, inilah perkara yang tidak ternilai bagi dirinya kerana dapat pergi ke tempat Allah.
“Rasa sangat terharu, rasa nak menangis kegembiraan dan kebahagiaan, anak bagi macam ni, hati kami sangat gembira, sebab anak bagi duit macam ni, hajat hatinya, dia sanggup bagi kita duit dulu, rasa bersyukur sangat-sangat, rasa tak sabar nak kesana,” luah Norhayati Adam.
Begitu juga suaminya, Jaidir Zainudin berkata, setelah tiga tahun memohon, tahun ini beliau sangat bersyukur kerana hajatnya yang pertama kesampaian untuk pergi bersama isteri.
Begitu juga bagi keluarga bakal haji Aida Suliana Aziz Badli, 35 tahun, yang dapat menunaikan haji pada tahun ini untuk kali kedua bersama suami dan ibu mertuanya.
“Rasa excited, syukur dapat peluang pergi, dan takut jugak..pergi dengan suami dan mak mertua…ini kali kedua pergi, sebelum ni masa sebelum kahwin, kali ni nak bawa mak mertua dan suami tak pernah pergi,” katanya.
Bagi suri rumah tangga, Siti Rohana Wahab, 51 tahun dari Shah Alam pula, berasa gembira dan berdebar-debar untuk menunggu hari ke Tanah Suci. Menurutnya, walaupun pernah menunaikan umrah, namun baginya bagaikan ada perbezaan untuk pemergiannya kali ini bagi mengerjakan haji.
“Suka, takut pun ada, sebab kalau umrah dah biasa, tapi haji lain lagi, ramai orang, terharu kerana terpilih, harapannya haji mabrur, sihat tubuh badan, boleh lakukan semua dengan baiklah,” katanya. -ATIQAH YAACOB (TVSELANGOR)

No comments
Post a Comment