Selangor Bantu Belia Dan Ibu Tunggal Dapatkan Pekerjaan
BESTARI JAYA, 4 Oktober - Kerajaan Selangor akan membantu golongan belia termasuk ibu tunggal untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai bagi mengelakkan mereka dari terus menganggur.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata setakat ini lebih 11,000 kekosongan kerja ditawarkan dalam sektor perkilangan diLembah Klang terutamanya dalam bidang elektronik dan juga elektrik.
“Untuk itu kami berpendapat dan kerajaan negeri ada baiknya untuk mencari belia-belia kita dan dikawasan-kawasan bukan di lembah klang yg masih belum dapat pekerjaan untuk mendapat pekerjaan disana,”katanya.
Tan Sri Khalid berkata demikian pada sidang media pada majlis sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Ijok, petang semalam.
Tambahnya lagi, bagi meringankan beban pekerja, beberapa kemudahan disediakan antaranya termasuklah pengangkutan pergi dan balik mereka ke kilang.
“Dan beberapa kemudahan akan dilakukan antaranya boleh jadi menyediakan pengangkutan supaya bila masa dia bekerja kita sediakan bas untuk membawa dia ke kilang dan membawa balik.Jadi tak adalah timbul masalah penempatan perumahan dan seterusnya”,katanya.
Selain itu katanya kerajaan negeri juga memantau anak-anak muda hari ini supaya mereka diberi latihan untuk kerjaya yang lebih baik pada masa hadapan.
“Jadi bukan sahaja dia dapat kerja tetapi besok dia dapat peluang untuk memperbaiki kerjaya mereka”,katanya.
Bagi melaksanakan tugas tersebut, pihaknya telah meminta pegawai daerah untuk memanggil ketua-ketua kampung termasuk jawatankuasa kampung dan penghulu untuk mengenal pasti belia dan juga ibu tunggal yang tidak bekerja
“Ini bukan untuk kaum lelaki sahaja tapi kaum wanita dan juga. Kita nak cadangkan kita bagi keutamaan pada ibu-ibu tunggal yang tidak mempunyai masalah penjagaan anak juga dapat menyertai usaha kita ini,”katanya usaha dapat menjana pendapatan tetap dan juga gaji yang sesuai,”katanya.

No comments
Post a Comment