Jamuan Rakyat Sempena Deeparaya Meriah

KAJANG, 19 Oktober - Hampir 2,000 tetamu hadir memeriahkan Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat Sempena Aidilfitri dan Deepaval anjuran Pusat Khidmat Komuniti Dun Semenyih,di Dewan Orang Ramai, Semenyih malam tadi.

Exco Dr Xavier Jayakumar, yang diberi tanggungjawab sebagai Adun angkat Dun Semenyih, berkata beliau terharu dengan sambutan yang masyarakat setempat berikan kepada majlis Pakatan Rakyat.

“Saya gembira penuh sebab saya nampak kehadiran dia bukan sahaja orang melayu ataupun orang India tetapi ramai dari kaum Tiong Hua yang hadir untuk program ini. Inilah satu-satu perayaan yang cantik sebab Pakatan Rakyat kita pun nak incaragge perayaan macam ini dan makanan pun simple jugak, kita tak buang duit rakyat untuk membuat makanan-makanan yang besar”,katanya.

Tetamu yang hadir dihidangkan dengan aneka juadah seperti satay, bihun goreng, nasi himpit dan rendang.

Selain dari Xavier, Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat dan Adun Kajang Lee Kim Sin turut sama memeriahkan majlis rakyat ini.

No comments

Powered by Blogger.