Layakkah perasuah menjadi pemimpin?
Jika persoalan ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana pilihanraya apakah jawapan sebenar yang akan diterima daripada setiap warganegara kita? Hampir pasti tidak ada seorang manusia yang waras fikirannya mahu berpemimpinkan seorang perasuah dan penyeleweng. Mereka tahu akibatnya negara akan hancur , masyarakat akan punah dan institusi kekeluargaan akan porak-peranda jika pemimpin di kalangan mereka hanya tahu mengenyangkan perut sendiri tanpa membela nasib rakyat.
Banyak contoh negara di dunia yang indeks rasuahnya di tahap merudum meninggalkan kesan yang amat buruk kepada rakyatnya. Yang kaya bertambah kaya kerana ‘pandai’ menggunakan wang sementara yang miskin semakin melarat kerana tidak ada peluang untuk mengubah kehidupan kerana dinafikan oleh perasuah-perasuah yang umpama tuan! Di kaca TV boleh kita lihat pemimpin mereka hidup senang-lenang sementara rakyat merempat di tepi jalan.
Justeru itulah perlu kita sebagai rakyat Malaysia yang masih berpeluang memilih pemimpin dalam sistem pilihanraya agar memilih pemimpin atau parti politik yang jujur dan terhindar daripada budaya rasuah. Mana-mana pemimpin yang menyeleweng dan oportunis sama ada daripada Pas , PKR , DAP mahupun UMNO dan Barisan Nasional harus kita tolak. Sebagai rakyat yang cintakan negara sudah tentunya kita mahukan sebuah negara yang makmur dengan kehidupan rakyat yang sejahtera yang ghalibnya berpandukan kepada golongan yang memimpin mereka.
Oleh kerana berkebetulan dengan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang , kita berharap agar rakyat di sana memilih calon yang betul. Fikir dan nilaikanlah dengan akal dan penanda aras agama. Jika ada pemimpin Pas itu pernah disabitkan kesalahan kerana menyeleweng dan rasuah maka tolaklah mereka. Namun jika sebaliknya UMNO yang terbukti menyeleweng maka janganlah lagi mengundi mereka. Semua rakyat sama ada Petani , Nelayan , Peniaga mahupun anggota tentera haruslah berani membuat pilihan untuk kebaikan generasi kita yang akan datang. Semoga Allah memberi kekuatan dan petunjuk kepada kalian.pas muazham

1 comment
Perasuah dan penyeleweng duit rakyat tidak harus diterima menjadi pemimpin. Parti politik yang mencalunkan ahli-ahlinya yang sedekian memang tidak layat memimpin negara.
Pengundi mesti bijak memilih wakil pemimpin mereka supaya tidak kecewa dihari kelak tetapi nyata pemimpin yang sah salah tidak harus diberi pertimbangan.
Post a Comment