Muhyiddin Kata Kelantan Mundur! Apa Reaksi Rakyat Kelantan Kepada Mamat Sembab Ini?

Rakyat perlu mengambil Kelantan sebagai contoh kegagalan parti PAS membangunkan negeri itu sejak 20 tahun lepas dan sebaliknya menilai rekod kejayaan kerajaan BN.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kepimpinan BN sudah terbukti apabila meletakkan Malaysia antara negara yang maju di dunia selepas memerintah negara sejak 50 tahun lalu.

"Kalau kita pergi ke Kelantan, kita akan lihat sebuah negeri yang dipimpin oleh PAS yang masih lagi mundur dan kadar kemiskinan adalah antara tertinggi dalam negara," katanya ketika berucap di majlis sambutan Aidilfitri 1Malaysia Bandar Sunggala di Port Dickson semalam.

Katanya, pada pilihan raya kecil Manik Urai, BN hampir menang dan di situ sahaja sudah terbukti bahawa rakyat kecewa dengan PAS yang kononnya hendak jadikan Kelantan sebagai Serambi Mekah dan maju.

Ia sebaliknya menjadi contoh kemunduran dan kemiskinan dan ini membuktikan bahawa amat penting untuk rakyat memilih sebuah parti yang berpengalaman, katanya.

Muhyiddin berkata parti lain tidak mempunyai pengalaman dan mengaku kononnya berpakat tetapi sebaliknya tidak sehaluan malah kenyataan mereka sentiasa bercanggah antara satu sama lain.

"Saya tidak hairan Selangor misalnya akan tertinggal jauh ke belakang, sebab itu kita nak bagi tahu rakyat, pilihan raya kecil ini nak rakyat faham bahawa ini adalah kesempatan untuk pengundi buktikan bahawa dasar kerajaan BN masih sesuai dan diterima rakyat jelata," katanya.

Katanya, pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Okt ini, walaupun kecil, tetapi signifikan kerana hendak buktikan kepada dunia bahawa BN dan UMNO tetap mendapat sokongan rakyat. BERNAMA

1 comment

azamrahman said...

salam. dengan kenyataan ini saya pasti pilihanraya akan datang parti pimpinan Muhyidin TIDAK akan MENANG. dia kena banyak belajar politik rakyat Kelantan. bukan HINA rakyat dengan kenyataan itu! - azam

Powered by Blogger.