Pakatan Rakyat didakwa bermuka-muka promosi ketelusan
Oleh Zukri Aksah
KUANTAN, Okt 5 — Kempen Pilihanraya Kecil Bagan Pinang sedang rancak berjalan. Sebagaimana diketahui, BN telah mempertaruhkan bekas Menteri Besar Negri Sembilan, Tan Sri Isa Samad yang pernah didapati bersalah terlibat dalam politik wang oleh Lembaga Disiplin Umno sebagai calon mereka. Maka latar belakang hitam ini menjadi modal utama PAS dan PR dalam menentang BN kali ini.
Bagi tokoh Umno Pahang, yang juga mantan ADUN Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, tidak sukar untuk menebak strategi yang digunakan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang ini, iaitu mencipta seberapa banyak kerosakan terhadap calon BN. Sudah pasti kempen Pakatan Rakyat kali ini terarah kepada calon, bukan gagasannya.
Ariff mendakwa, Pakatan Rakyat akan cuba mendedahkan sebanyak mungkin keburukan dan perkara cemar tentang Isa Samad semata-mata mahu merendah-rendahkan kredibiliti beliau. Lebih dari itu tambah Ariff, sebagaimana biasa, SPR oleh Pakatan Rakyat akan dituduh sebagai alat menekan mereka oleh parti pemerintah, BN.
Strategi sebegini bagi Ariff tidak lebih sekadar sikap bermuka-muka kalangan pemimpin Pakatan Rakyat yang kononnya berjuang untuk ketelusan. Padahal strategi ini adalah lapuk dan cliché. Caranya diketahui oleh kebanyakan pemerhati dan penganalisis politik, iaitu memusnahkan segala asas legitimasi, kemudiannya bertindak melegitimasikan pula tindakan mereka atas nama perjuangan menegakkan keadilan.
Akhirnya jelas Ariff, Pakatan Rakyat akan terperangkap dalam dosa demokrasi yang biasanya dituduh mereka dilakukan oleh BN, iaitu menghalalkan cara demi matlamat.
Ariff berhujah yang sikap bermuka-muka Pakatan Rakyat ini boleh dibuktikan contohnya dalam isu pengundi pos. PAS baru-baru ini menyatakan bahawa dari jumlah hampir 5,000 orang pengundi pos di Bagan Pinang yang disenaraikan SPR, hanya seribu lebih yang betul-betul masih berstatus itu. Selebihnya sudah bersara dan menjadi rakyat biasa, lalu bagi PAS mereka ini sepatutnya menjadi pengundi biasa, bukan pengundi pos.
Namun, tambah Ariff lagi, dalam beliau tidak menafikan kemungkinan kebenaran kenyataan itu, PAS dan Pakatan Rakyat ulasnya ternyata sengaja menyembunyikan fakta di sebalik keadaan tersebut, iaitu bukan tugas SPR untuk mendaftarkan bekas tentera ini sebagai pengundi biasa. Adalah tanggungjawab pengundi untuk memaklumkan apa-apa perubahan tentang status mereka kepada SPR. Dalam kes pengundi pos Bagan Pinang, Ariff fikir mungkin bekas-bekas angkatan tentera ini tidak mendaftar diri mereka sebagai pengundi biasa, maka dalam senarai SPR mereka kekal sebagai pengundi pos.
Banyak lagi isu lain yang cuba dipermainkan Pakatan Rakyat, seperti nombor siri kertas undi dan sebagainya semata-mata mahu mencapai matlamat politik mereka, walaupun mereka sendiri tahu kebaikannya dalam memastikan proses pilihanraya berjalan lancar, ujar Ariff seterusnya.
Lalu seru Ariff kepada masyarakat di luar sana, khususnya pengundi di Bagan Pinang supaya tidak mengikut pengkagum yang menerima tanpa soal setiap tuduhan yang dilontar dengan penuh nada marah dan tanpa pembuktian kukuh ini.
Ariff percaya strategi Pakatan Rakyat ini adalah dari bilik operasi perang saraf PKR, yang kononnya membawa agenda ketelusan tetapi bau busuk yang menerawang sudah semakin sukar mahu ditutup. Dengarlah ucapan-ucapan pemimpin-pemimpin PKR ini, dakwa Ariff lagi ia tidak lebih sekadar celaan yang penuh dengan tipudaya dan cerita sesat yang bertujuan hanya satu, meletakkan Isa Samad di tempat sehina-hinanya, sementara mengangkat PKR sebagai putera yang paling mulia.

No comments
Post a Comment