Panas!! Isa Samad mangsa konspirasi KJ?
Pencalonan Mantan MB Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihanraya Kecil (PRK) N31 Bagan Pinang menjadi kontroversi. Ini kerana Isa dilihat sebagai seorang pemimpin UMNO yang pernah dikenakan tindakan disiplin salah guna politikwang pasca pemilihan jawatan Naib Presiden UMNO Ogos 2004.
Isa ketika itu Naib Presiden UMNO dan Menteri Wilayah Persekutuan telah dikenakan tindakan gantung jawatan. Beliau juga terpaksa melepaskan jawatan Kabinet. Namun begitu, cerita dibelakang tabir tidak banyak diketengahkan.
Laporan mengenai Isa mengamalkan salahguna politikwang dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO. Saksi dipanggil untuk memberikan keterangan. Namun Isa sendiri sebagai orang yang dituduh, tidak dipanggil untuk memberikan keterangan dihadapan Lembaga Disiplin UMNO. Keputusan Lembaga Disiplin UMNO ialah untuk menghukum Isa. tanpa memenuhi keseluruhan proses ‘pengadilan’.
Semasa PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dari Tun Dr. Mahathir Mohamad, begitu tinggi harapan dan aspirasi rakyat dan akar umbi UMNO agar imej ‘bersih’ yang menjadi persepsi pada pemimpin yang rata rata dianggap sebagai ‘orang ugama UMNO’ ini menjadi wadah Perjuangan baru parti nasionalis. Namun ianya ‘jauh panggang dari api’.
Ada agenda tersirat ‘memangsakan’ Isa melalui konspirasi. Pada hakikatnya, Isa merupakan ‘kambing hitam’ agar kuncu kuncu PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dapat memberikan illustrasi bahawa Kepimpinan beliau benar benar ‘telus dan menolak amalan rasuah’ dalam UMNO.
Semasa laporan mengenai Isa mula diketengahkan, beliau diberikan ‘jaminan’ oleh PM ‘Flip-Flop’ Abdullah bahawa beliau ‘tidak perlu risau dan semuanya akan menjadi beres’. Hakikatnya, sebaliknya. Isa dihukum sebegitu rupa. Calon calon UMNO lain yang dirasakan juga mengamalkan ‘politikwang’ tidak disiasat. Terutama yang dikaitkan rapat dengan Kepimpinan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah.
Episod ‘pemangsaan’ Isa ini dipercayai adalah konspirasi permainan Khairy Jamaluddin (KJ) seorang pemimpin yang begitu bercita cita tinggi. Beliau yang pada masa itu berjaya dinaikan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia tanpa cabaran, kini ingin bertapak dalam jajaran kuasa (power base) yang lebih kuat dan mantap lagi. Oleh demikian, dirasakan bahawa me’mangsa’kan Isa sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembila merupakan permainan yang paling mudah untuk KJ meraih sokongan UMNO sebuah negeri dalam tempoh masa singkat dan effektif. Ini kerana Isa amat berpengaruh bukan sahaja di Negeri Sembilan, malah seluruh negara dan kemampuan beliau untuk dipilih sebagai Naib Presiden UMNO adalah bukti jelas.
Pusingan pertama konspirasi untuk me’mangsa’kan UMNO ialah mengeluarkan Isa dari Negeri Sembilan. Isa diberikan jawatan Menteri Kabinet yang mempunyai pengaruh terhad kecuali disekitar Kuala Lumpur sahaja. Bagi seorang pemimpin UMNO tahap Naib Presiden, jawatan ini merupakan proses untuk ‘pembekuan’ (cold storage) yang akan menghadkan karrier politik seseorang pemimpin peringkat tertinggi parti.
Rata rata, warga Telok Kemang tidak dapat menerima bahawa Isa seorang pemimimpin yang tidak berwibawa. Ini jelas atas desakan bukan sahaja akar umbi UMNO, malah dikalangan Bukan Melayu agar Isa mewakili mereka semula. Agenda pembangunan yang Isa sebagai pemimpin dan ketua eksekutif berjaya bawa, bukan sahaja disekitar Pengkalan Adnan (Port Dickson), malah seluruh Negeri Sembilan merupakan sesuatu yang amat dihargai.
Hari ini, Isa dipilih untuk memikul amanah UMNO untuk meneruskan agar panji BN terus berkibar dibumi Telok Kemang. PRK Bagan Pinang ini merupakan peluang terbaik bagi akar umbi UMNO dan rakyat Malaysia menghantar mesej jelas menolak pemimpin yang benar benar bercita cita besar sehingga dirasakan mengamalkan politiwang dan salahguna kuasa yang amat berleluasa dalam zaman PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Legasi salahguna kuasa dan ‘keganasan politik’ (political terrorism) PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dan kuncu kuncu belaiu perlu dihentikan agar UMNO terus diyakini semula rakyat.
Pemilihan Isa sebagai calon BN N31 Bagan Pinang merupakan agenda UMNO ‘Rakyat diutamakan, prestasikan dipertingkatkan’.
http://bigdogdotcom.wordpress.com/

No comments
Post a Comment