“Rasul Melayu” Buat Pengakuan Taubat Nasuha
SHAH ALAM-2Oktober-Abdul Kahar Ahmad yang mengaku dirinya sebagai “Rasul Melayu” hari ini membuat pengakuan taubat nasuha di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Abdul Kahar turut menyeru individu yang terpengaruh dengan ajaran sesatnya supaya bertaubat serta kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, dia turut memohon maaf kepada semua umat Islam serta pihak berkuasa kerana mencetuskan provokasi, kekeliruan serta fitnah terhadap Islam.
Dia yang menulis dan menandatangani pengakuan tersebut turut mengekalkan pengakuan bersalah terhadap lima pertuduhan menyebarkan doktrin palsu, menghina Islam serta pihak berkuasa dan memuat dakwaan palsu.
Terdahulu, Fakta kes menyebut tertuduh mendapat pendidikan sehingga darjah lima di sekolah Melayu telah ditangkap pada 23 Jun 2005 oleh pegawai penguatkuasa JAIS berhubung semua kesalahan itu dan dia didapati telah menyebarkan pendapat serta ajaran yang bercanggah dengan ajaran Islam, lebih-lebih lagi ajaran ‘Kahar Bin Ahmad’ telah diwartakan sebagai ajaran salah oleh Mufti Selangor pada 23 Mei 1991.
Pada 8 April 1991, Abdul Kahar pernah didakwa mengikut Seksyen 150 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 1952 kerana tidak bersolat Jumaat dan dikenakan denda RM300 atau dua bulan penjara.
Tertuduh yang merupakan bekas pekerja Zoo Negara, pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 17 Ogos 2005 serta dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000 dan sepatutnya dibicarakan pada 21 Sept 2005.
Dia bagaimanapun beberapa kali gagal hadir untuk dibicarakan pada tarikh-tarikh yang ditetapkan walaupun waran tangkap dikeluarkan, sehinggalah pada 16 Sept lepas apabila dia ditahan pasukan penguatkuasa Jais kira-kira pukul 9.45 pagi, di tempat persembunyian barunya di Sungai Long, Kajang sebelum dibawa ke mahkamah untuk mendapat perintah tahanan ke atasnya.
Hujahan pihak pendakwa serta Rayuan tertuduh akan bersambung Rabu depan. KEMALIA OTHMAN TVSELANGOR

No comments
Post a Comment