Pandai Hishamuddin Pondan Berlakon Baik!

Hishamuddin hanya bersandiwara - Salahuddin Ayub
Ditulis oleh Te@m I.T


BAGAN PINANG - PAS menyifatkan kenyataan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin Hussein sebagai bersandiwara dengan mengeluarkan kenyataan yang mempermainkan insiden keganasan di pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang.

Dalam satu sidang media harian PAS yang diadakan di Markaz Induk PAS, Jalan Pantai Bagan Pinang pada hari ini, Pengarah Jentera Operasi PAS kesal dengan penafian Hishamudin seolah-olah menyatakan kejadian itu tidak wujud.

"Kita kesal dengan penafian Hishamuddin itu kerana apa yang berlaku melibatkan keselamatan dan keamanan rakyat dan beliau merupakan Menteri Dalam Negeri yang sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mempengaruhi tindakan polis dalam menjalankan siasatan selanjutnya," katanya kepada pemberita.

Ujarnya, ini sekaligus membenarkan dakwaan sesetengah pihak bahawa Hishamuddin tidak menjalankan tugasnya sebagai menteri yang menjalankan portfolio berikut.

"Buat masa ini terdapat lima laporan polis yang dibuat PAS berhubung kejadian kekecohan dan keganasan yang berlaku sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil ini.

"Polis kena bertindak berpandukan laporan tersebut dan bukannya terpengaruh dengan kenyataan Hishamuddin," ujarnya lagi.

Salahudin juga menjawab persoalan mengenai tindakan PAS yang enggan pergi memberikan kenyataan kepada pihak polis berhubung beberapa laporan keganasan yang dibuat sebelum ini.

"Kita bukan tidak mahu pergi sebaliknya kita tidak menerima sebarang arahan sama ada secara lisan atau bertulis," katanya.

Beliau menegaskan bahawa PAS bukan enggan memberikan kerjasama kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan ke atas kes keganasan dan kekecohan sebaliknya tidak menerima apa-apa arahan untuk itu.

Sementara itu, beliau mendesak pihak berkuasa menyiasat kenyataan yang dibuat penolong Setiausaha Pemuda Umno Malaysia, Abdul Rahman Dahlan yang mengumumkan mengenai tindakan membawa sekumpulan pemuda yang dilatih ala komando.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menjawab soalan mengenai sistem pesanan ringkas(SMS) Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi mengenai seruan kepada kesemua anggota pemuda PAS di seluruh negara agar turun ke Bagan Pinang sebagai menunaikan amanah jihad.

"Jihad merupakan seruan sepanjang masa dan ianya bukanlah suatu bentuk peperangan yang mengutamakan keganasan,"

Tegasnya, ia merupakan amalan kebiasaan yang dibuat Ketua Pemuda kepada seluruh ahlinya agar sama-sama turun membantu memberikan sumbangan pada pilihan raya kali ini.

No comments

Powered by Blogger.