Pembela : Datuk Azeez di minta tampil beri komen tindakan ganas petugas BN

Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) mengecam tindakan ganas petugas Umno/Bn yang dilaporkan oleh beberapa media online memukul dan menetak lebih enam orang petugas Pas di Bagan Pinang semasa kempen pilihanraya kecil memasuki fasa-fasa terakhir.


Menurut Setiausaha Agung Pembela, Basir Hj Ismail bahawa insiden tindakan ganas petugas Umno/Bn sehingga menyebabkan kecederaan ke atas petugas Pas tersebut amat dikesali, sekaligus menyerlahkan kepada seluruh rakyat di negara ini bahawa parti mereka berkenaan semakin tersepit berdepan dengan Pas dalam pilihanraya kecil di Bagan Pinang.

Katanya, tindakan ganas petugas Umno/Bn di Bagan Pinang adalah bukti jelas bahawa mereka semakin tersepit dan hilang arah sama sekali… mereka yang sebelumnya begitu yakin akan mempertahan kerusi Dun Bagan Pinang semakin sedar bahawa pengundi di situ semakin terbuka menyokong calon Pas, bahkan dijangka akan mengugat calon kesayangan mereka yang dipilih dari seorang yang didapati rasuah”.

Katanya, jika sebelum ini (hari penamaan calon) pemimpin mereka yang juga Ketua Putera Umno Malaysia, juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Azeez Abdul Rahim mendakwa ia dipukul oleh sekurang-kurangnya sembilan orang penyokong Pas sehingga dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara, tetapi kejadian yang berlaku petang dan malam kelmarin jelas menunjukkan mereka (Umno/Bn) lah parti ganas yang suka melakukan kekacauan”.

Oleh itu, Pembela minta Datuk Azeez yang mendakwa di tumbuk oleh petugas Pas memberi komen tentang insiden petugas Umno/Bn yang memukul dan menetak petugas Pas pada petang dan malam kelmarin.

“ Sekiranya dia tak sudi beri komen…ini bermakna dakwaannya adalah bersifat provokasi untuk menaikkan sentimen petugas Umno/Bn bertindak ganas terhadap Pas di situ, katanya lagi.

Basir menambah, Umno/Bn sepatutnya semakin sedar dan belajar atas kesilapan masa lalu apabila mereka yang telah diberi kuasa oleh rakyat lebih 50 tahun di negara ini hanya mementingkan diri sendiri, bukannya untuk membela rakyat yang susah”.

Sehubungan itu, Pembela kagum dengan petugas Pas yang matang menghadapi suasana dan provokasi petugas Umno/Bn yang umpama manusia yang tidak bertamadun serta tidak memahami sistem demokrasi dalam pilihanraya.

“Dah sampai masanya Umno/Bn mengajar petugasnya supaya lebih rasional dan berakhlak tinggi apabila menyertai sesuati pihanraya kecil maupun pilihanraya… rakyat kini dah cerdik dan boleh berfikir yang masa satu baik dan buruk, katanya.

No comments

Powered by Blogger.