Peniaga emas kerugian wang, barang kemas bernilai RM615,000

JELI 8 Okt. — Seorang peniaga emas berputih mata apabila wang tunai dan barangan kemas pelbagai jenis miliknya bernilai RM615,000 lesap dalam kejadian di sebuah stesen minyak Petronas dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli DSP Muhamad Hanifah Ab Malik berkata, kejadian berlaku pada pukul 2.45 petang ketika mangsa berhenti untuk membuang air kecil di stesen minyak berkenaan.

Menurutnya, mangsa yang merupakan seorang lelaki berbangsa Cina berumur 44 tahun itu disyaki diekori dari Tanah Merah sebelum barangnya dalam kereta didapati hilang dicuri. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.