Rakyat tidak perlu panik khabar angin serang Malaysia - Ismail

KAJANG 7 Okt. — Rakyat negara ini diharap tidak panik dan jangan membuat sebarang andaian berhubung khabar angin kononnya satu kumpulan yang menggelar diri mereka ’Benteng Demokrasi Rakyat’ (Bendera) akan menyerang Malaysia dengan buluh runcing ekoran beberapa isu berbangkit.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis akan menyiasat khabar angin itu dan sentiasa dalam keadaan siap-sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan demi menjamin keselamatan negara.

“Polis perlu menyiasatnya dulu. Kita mempunyai pakar dalam bidang pemantauan dan risikan untuk menentukan kesahihannya,” kata Ismail kepada pemberita selepas melawat kawasan panas di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi di sini. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.