Zahid Heret Tentera Ke Kancah Politik Wang ?

TELUK KEMANG – Selepas gagal menafikan dakwaan awam melibatkan tentera dalam kancah politik, Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi kini di tuduh mengheret tentera bergelumang dalam politik wang pula.

Pendedahan eksklusif tersebut dibuat oleh Brigadier Jeneral (B) Arshad melalui tulisan terbaru dalam blognya yang mengesahkan tentera kini bukan sahaja dilibatkan dengan agenda politik.

Arshad, 66, mula merasa curiga tentang kad jemputan Perayaan Ulangtahun Regimen Amor Ke 2 yang diadakan di Kem Sunggala, Port Dickson, dekat sini pada 5 Oktober lalu.

Beliau mempersoalkan mengapa satu sambutan peringkat regimen perlu dihadiri oleh ‘orang-orang berpangkat dan kenamaan’ termasuk Menteri-menteri UMNO dari Kuala Lumpur?

”Adakah orang-orang yang berpangkat tinggi dengan ‘paku-paku’ di bahu kini mengikut rentak irama tarian Menteri-menteri UMNO?,”soal beliau

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKBaganPinang/gambar%20saya.jpgKesangsiannya tentang keterlibatan tentera dalam politik bukan sahaja terjawab namun satu panggilan telefon yang diterimanya hari ini ’melondehkan’ bukan sahaja seluruh kem tentera, bahkan Menteri Pertahanan sendiri.

Arshad (gambar knan) menyatakan, panggilan yang diterima dari Port Dickson mengesahkan mereka-mereka yang hadir dalam Majlis Prisytiharan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak telah menerima sekeping sampul surat setiap seorang.

Sambil menyindir beliau berkata, dalam setiap sampul terdapat wang tunai RM300 dan amat bertuah mereka yang hadir menerima sumbangan ikhlas dari Najib.

Katanya, sekiranya beliau tahu, beliau juga sanggup beratur untuk menerima habuan RM300 itu.

Pendedahan demi pendedahan terus berlaku menunjukkan bagaimana UMNO dan Barisan Nasional kini sanggup mengambil risiko melemahkan keselamatan negara dengan ’memperkudakan’ angkatan tentera.

Sebelum ini pendedahan turut di buat oleh Lt. Kolonel (B) Malakan dari Rejimen Askar Melayu berkaitan manipulasi undi pos dalam angkatan tentera.

Cerita sepenuhnya di http://mindnoevil.blogspot.com/2009/10/bagan-pinang-and-promotion-in-army.html

No comments

Powered by Blogger.