Rupanya Orang Berangan Menteri Besar Kelantan Masih Bodoh!

Kelantan alami defisit belanjawan berterusan jika ditadbir Pas: Awang Adek

BACHOK: Kelantan akan terus mengalami defisit belanjawan selagi negeri itu ditadbir parti Pas yang gagal mencari punca hasil baru bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat.

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata defisit belanjawan sebanyak RM29.5 juta pada tahun depan, sebagai mana yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam tidak mengejutkan.

"Kita sudah menjangkakan kerana kerajaan yang dipimpin Pas itu tidak bijak mengurus sumber hasil yang ada," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pembentangan belanjawan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, yang antara lain menyaksikan peningkatan defisit kepada RM29.5 juta apabila perbelanjaan mengurusnya dijangka mencapai RM416.88 juta berbanding hasil RM387.38 juta.

Husam berkata, defisit tahun depan meningkat kepada RM9.21 juta berbanding kadar defisit dicatatkan pada belanjawan 2009 yang berjumlah RM20.2 juta.

Dr Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, berkata sepatutnya kerajaan negeri tidak terlalu bergantung kepada hasil kayu balak semata-mata kerana punca hasil itu kini berada pada paras penyusutan yang semakin ketara dari setahun ke setahun.

Beliau berkata, sepatutnya kerajaan negeri mempelbagaikan punca pendapatan baru ini termasuk berusaha menarik pelabur asing melabur di Kelantan untuk membolehkan kerajaan memungut pelbagai cukai bagi menambahkan pendapatan.

Katanya, sejajar dengan itu, kawasan perindustrian di Pangkalan Chepa harus dikembangkan lagi supaya lebih ramai rakyat Kelantan yang kini terpaksa bekerja di negeri orang kerana kekurangan peluang, berpeluang bekerja di negeri sendiri.

Dr Awang Adek berkata, jika kerajaan negeri terus gagal mencari punca hasil baru pembentangan bajet belanjawan pada tahun-tahun akan datang akan berlaku lebih buruk lagi dan kesannya akan turut ditanggung oleh rakyat Kelantan. - Bernama

bo la dok belawoknyo awe wei..balik bachok tane tembakau la awe wei!

No comments

Powered by Blogger.