Apabila Orang Gila Pangkat Bahas Budget Syok Sendiri Dalam Blog
Blog Khir ‘bahas’ bajet 2010, dakwa Pakatan mula gadai Selangor
PETALING JAYA, Nov 13 — Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (gambar) yang kini digantung dari menghadiri Dewan Undangan Negeri sekadar “membahaskan” bajet negeri 2010 dengan melahirkan rasa khuatir ia tidak realistik, sekadar “usaha menutup bangkai gajah dengan nyiru”.
Ketua Pembangkang ini yang digantung selama setahun dari menjejaki kaki di bangunan DUN mendakwa, pentadbiran Pakatan Rakyat hari ini lebih kepada "menang sorak tapi Selangor mungkin tergadai" kerana membuat bajet berasaskan andaian semata-mata, bukannya anggaran.
Katanya, Bajet 2010 yang memperuntukkan RM1.3 bilion walaupun kelihatan anggaran realistik, namun percaya akan ada lagi pembentangan bajet tambahan tahun depan, yang akhirnya memerlukan wang simpanan negeri dikeluarkan tanpa diganti.
"Justeru saya berharap, kerajaan negeri dapat memberi fokus yang jelas kepada usaha meningkatkan kewangan negeri dan pertumbuhan ekonomi bukannya berusaha memburukkan Barisan Nasional (BN) setiap masa sehingga lupa tanggungjawab sebenar.
"Saya khuatir ketika media massa ghairah memberi publisiti terhadap retorik-retorik bajet rakyat dan sebagainya, kita lupa masalah sebenar terhadap pengurusan kewangan negeri.
"Ramai yang menguar-uarkan bajet seimbang 2010 tetapi lupa pada masa yang sama mereka juga memuji-muji bajet seimbang 2009 yang akhirnya mengalami defisit begitu besar.
"Pada hemat saya, pentadbiran Pakatan hari ini lebih kepada menang sorak tapi Selangor mungkin tergadai pada masa akan datang," kata beliau pada tahun lalu membahaskan Bajet 2009 di DUN.
Mei lalu, Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan DUN Selangor telah menggantung Khir daripada menghadiri sidang DUN selama setahun.
Tindakan itu diambil ekoran kegagalan beliau menghadiri siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri.
Dalam tulisannya Khir menambah, Bajet 2010 yang dibentangkan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar kelmarin menimbulkan pelbagai tanda tanya.
"Saya sekali lagi tertanya-tanya sama ada Menteri Besar mahu mengelirukan rakyat seperti mana dalam bajet 2009," katanya.
"Ya, pada tahun depan memang bajet seimbang. Namun pengumuman ini sekadar usaha menutup bangkai gajah dengan nyiru sahaja. Mana mungkin ia tidak dapat dihidu? Hakikatnya mengapa kerajaan tidak menerangkan kepada umum mengenai Bajet 2009 yang mengalami defisit sebanyak RM900 juta sehingga hari ini?
"Pada tahun lalu, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim membentang Bajet 2009 bernilai RM1.4 bilion dengan anggaran pendapatan juga RM1.4 bilion.
"Namun pada Julai 2009, kerajaan negeri membentangkan satu lagi Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 yang berjumlah RM120 juta," katanya.
Kemudiannya pada sesi November ini, kerajaan negeri sekali lagi membentangkan bajet tambahan RM458.5 juta, katanya lagi.
Khir mengecam bahawa ketika memenangi pilihan raya umum Mac 2008, kerajaan negeri pimpinan PR ketika itu memohon bajet tambahan sebanyak RM178.3 juta kononnya kerajaan negeri semasa BN melakukan pembaziran dan boros sehingga belanjawan tidak mencukupi.
"Jadi tahun ini siapa pula salah sehingga terpaksa membentang bajet tambahan sebanyak dua kali? Malahan bajet tambahan 2009 mencecah RM600 juta.
"Keseluruhan Bajet 2009 mencecah RM2 bilion (atau secara tepatnya RM1,978, 445,168.80). Manakala pendapatan kerajaan negeri sehingga Oktober 2009 hanyalah RM1 bilion. Jadi di mana kenyataan dan retorik kononnya kerajaan negeri melaksanakan bajet yang berimbang dan tidak berbelanja lebih," soal beliau.
Khir berpendapat, "perlulah dingatkan juga bahawa simpanan (reserved) kerajaan negeri yang ditinggalkan oleh BN sebanyak RM1.4 bilion tidak akan bertahan lama jika trend pengurusan kewangan seperti ini berterusan."

1 comment
salam kesian pula saya,hehe
Post a Comment