Bajet 2010: Khalid Mahu Ekonomi Selangor Digembleng

Walaupun ekonomi negara terjejas dengan kemelesetan ekonomi yang melanda dunia, kerajaan negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat tetap berusaha memastikan ekonomi Seelangor dapat digembleng untuk kesejahteraan rakyatnya.

Sehubungan itu, dalam pembentangan Bajet 2010 Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri mahu langkah lebih agresif dilakukan untuk menarik pelabur asing ke Selangor.

Sebagai langkah awal, segala peraturan dan syarat-syarat sedia ada perlu dipermudahkan bagi keselesaan para pelabur.

“Kita juga perlu segera melupakan sikap negatif, iaitu dengan hanya menunggu pelaburan datang bergolek tanpa berusaha gigih. Kita berusaha memastikan negeri Selangor menjadi tumpuan utama pelabur-pelabur dari dalam dan luar negeri sebagai destinasi pelaburan yang menguntungkan,” katanya.

Khalid yakin dengan pentadbiran urus tadbir kerajaan negeri yang cekap, telus dan menambah baik baik iurus tadbir, Selangor di bawah Pakatan Rakyat mampu membawa masuk pelaburan baharu sekali gus menyumbang dalam pemulihan ekonomi negeri.

Dalam pembentangan belanjawan berkenaan, Pakatan Rakyat sekali lagi berpegang kepada prinsip telus apabila Khalid turut membentangkan Enekmen Kebebasan Maklumat.

Katanya ia merupakan contoh yang baik dan harus dikekalkan dengan ketelusan dijadikan dasar negeri kecuali maklumat yang terbukti boleh menjejaskan keselamatan Kerajaan Negeri.

Menurutnya kerajaan yang telus meningkatakan tahap keyakinan pelabur kerana maklumat diberikan secara bebas kepada usahawan yang memerlukan.

”Sebagai contoh, lima Draf Rancangan Selangor yang baru dilancarkan minggu lepas oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), dipamerkan kepada orang ramai selama satu bulan.

”Selain itu, kerajaan negeri menegaskan lagi kepentingan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) yang berusaha bersungguh-sungguh memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawaban, dan ketelusan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri, agensi-agensi dan pihak berkuasa tempatan agar wang rakyat dibelanjakan melalui pengurusan yang cekap dan telus,”katanya.

No comments

Powered by Blogger.