Jawapan daripada Menteri Wilayah Persekutuan: Isu tanah untuk Masjid Desa Sri Hartamas, Pasar Malam Uptown Danau Kota & Mr Political Toll

Semasa Menteri menjawab menegai dengan Structure Plan Kuala Lumpur 2020, saya meminta beliau memaklum kepada Dewan Yang Mulia mengenai denagan sebidang tanah yang diberikan kepada Majlis Ugama Wilayah Persekutuan untuk mebina sebauh masjid bernama Masjid Desa Sri Hartamas. Masjid tersebut telah digadzetkan dalam Structure Plan tersebut untuk pembinaan masjid tersebut tetapi sekarang tanah tersebut telah diluluskan untuk membina “shopping complex” dan pangsapuri mewah oleh Syarikat GLOMAC. Atas lasan apakah DBKL memluluskan pembinaan ini sedangkan tanah tersebut telah digadzetkan untuk pembinaan masjid?

Menteri menjawab bahawa Majlis Ugama Wilayah Persekutuan telah menganti sebidang tanah di Sri Hartamas untuk membina masjid tersebut. Saya meinta Menteri memberi lokasi tanah yang digantikan oleh Majlis Ugama Wilayah Persekutuan. Beliau terus menukar jawapan kepada “ di kawasan tersebut telah ada satu Masjid Wilayah Persekutuan. Saya menerus menuduh Menteri mengelirukan Dewan mengenai dengan perkara tersebut. Menteri juga mengatakan saya seroang bukan Islam dna saya ttidak berhak menyoak perkara tersebut. Saya terus memebri tahu Menteri bahawa saya adalah saya waki rakyat yang mewakili berbilang kaum dan saya berhak bercakap untuk mepertahankan hak-hak rakyat.

Soalan-solan yang dibentangkan di Parlimen 5hb November 2009 :

Adanya 500 penduduk di kawasan Danau Kota, Wangsa Maju telah menandatangani satu petisyen untuk menentang terhadap Pasar Malam Danau Kota Uptown di Wangsa Maju di mana ia beroperasi setiap malam dari 10 malam hingga 4 pagi berhampiran dengan kawasan perumahan. Jam operasi ini adalah tidak pernah didengar dalam masyarakat tamadun mana-mana kecuali “Boleh Land” ini. Petisyen itu telah diserahkan kepada Datuk Bandar KL pada Julai 2009. DBKL bukan setakat tidak mengambil tindakan untuk memindahkan pasar malam dari kawasan perumahan, dalam masa kini, DBKL telah meluluskan 30 gerai tambahan untuk UMNOputras. Adakah ini in line dengan slogan BN “Rakyat Didahulukan”? Saya diberitahu bahawa UMNOputras ini telah menyewakan 30 gerai-gerai tambahan ini dengan sewaan RM1,000 setiap bulan. Tukarlah slogan ini kepada “UMNOputras DiDahulukan”.

Tuan Yang di-Pertua

Pasar Malam yang beroperasi sehingga 4 pagi dalam satu kawasan perumahan adalah tidak boleh diterima kerana ia telah menyebaban pelbagai gejala sosial. Indeks jenayah juga telah meningkat di Wangsa Maju. Ia menyebabkan kesesakan lalu lintas. Kereta-kereta diletak di depan gate rumah menyebabkan masalah akses kepada penduduk. Ia juga menyebabkan pencemaran bunyi (bising – gangu kacau dan sebagainya) “noise pollution” di kawasan itu. Fakta semua ini telah menyebabkan harga rumah di kawasan Danau Kota jatuh dengan banyak.

Saya ada terima banyak aduan dengan masalah dengan penjaja meletakkan kerusi dan meja di atas jalan awam di mana ia telah menimbulkan banyak masalah di Wangfsa Maju dan juga mengacam keselamatan awam. Sudah ada satu contoh yang ketara di Selangor beberapa tahun lepas dimana orang awam di langgar dengan kereta dan mati. Saya berharap DBKL mengambil tindakan dengan segara diatas perkara ini unutk kepentiongan orang awam.

Dengan melihat kesan tak sensitif oleh DBKL terhadap penduduk-penduduk di Danau Kota, slogan “Rakyat DiDahulukan” adalah satu slogan kosong.

Tuan Yang di-Pertua,

Mungkin Datuk Bandar tidak berani untuk mengambil tindakan kerana UMNOputras adalah dalang sebaliknya. Saya tahu bahawa Datuk Shafie Abdullah, setiausaha politik PM selaku Menteri Kewangan, yang sangat aktif dengan pentadbiran seharian DBKL. Saya diberitahu bahawa dia adalah de facto Datuk Bandar KL.

KERUSI DAN MEJA DI LETAKKAN ATAS JALAN RAYA

Saya ada menerima banyak aduan mengenai dengan kerusi dan meja di letakkan atas jalan raya dan tiada tindakan diambil oleh DBKL. Kegiatan ini mesti dihentikan dengan segara kerana ia menimbulkan banyak masalah kesesakan jalan raya dan menjejaskan keselamatan orang awam. Kita sudah ada bukti di Selangor bahawa orang awam telah dilangar oleh kereta dan mati.

Walaubagaimanapun, saya berharap bahawa Menteri Wilayah Persekutuan yang baru memberi penjelasan apakah tindakan untuk kepentingan rakyat akan diambil oleh DBKL untuk memindahkan pasar malam ini ke tempat lain yang jauh daripada kawasan kediaman dan kes kerusi danmeja telah diletakan di atas jalan raya.

Jawapan Menteri Wilayah Persekutuan pada 11hb November 2009:

Beliau menjawab soalan saya di parliment petang ini bahawa pasar malam Uptown Danau Kota tidak mengacau gangu penduduk-penduk di kawasan Danau Kota kerana ia jauh dari kawasan perumahan. Saya mencelah dan meminta penjelasan bahawa “Menteri sedar atau tidak bahawa saya telah menyerahkan satu petisyen mengundungi tandatangan daripada 500 penduduk-penduk Danau Kota yang berhampiran lebih kurang 50 kaki dari pasar malam tersebut dan mereka telah membantah pasar malam ini. Kalaulah Kerajan memengang kepada slogan “Rakyat Didahulukan” maka DBKL mesti mengambil tindakan untuk memindah pasar malam ke tempat yang jauh dari kawasan kediaman. Jawapan Menteri adalah pasar malam ini tiada kacau gangu penduduk-penduduk dan kepentingan penjaja-penjaja mesti di pertahankan oleh keranan mencari rezeki disana.

Saya mencelah sekali lagi memberi latar belakang pasar malam ini bahawa dahulu pasar malam ini beroperasi di Damansar Utama dan penduduk-penduduk dan peniaga-peniaga di Damansara Utama membantah. Pasar malam ini terpaksa memindah ke Section 2 Wangsa Maju. Penduduk-penduduk di Section 2 juga turut membantah. pasar ini dipindah ke Danau Kota. Ini membukti bahawa pasar malam ini adalh menggacau gangu kepada penduduk-peduduk. Oleh yangdemikian pasar malam ini harus dipindah ke tempat yang lebih sesuai ia itu jauh daripada kawasan rumah kediaman. Menteri masih menjawab bahawa tiada tempat yang sesuai dan beliau masih mempertahankan kepentingan penjaja-penjaja.Saya mencadangkan kepada Menteri untuk memindah pasar malam ini ke depan Bangunan DBKL kerana disana lebih sesuai.

Solan yang dibentangkan di Parlimen pada 5 hb November 2009:

Tuan yang di-Pertiua,

Datuk Shafie Abdullah, Setiausaha Politik Kepada PM

Saya mesti menarik perhatian PM melalui Dewan Yang Mulia ini bahawa kelakuan Datuk Shafie Abdullah adalah bertentangan dengan kepentingan PM dengan bercampur tangan dengan pentadbiran seharian DBKL. Saya ingin menanya samada YAB PM ada memberi arahan kepada Datuk Shafie untuk mentadbir DBKL secara langsung atau tidak langsung untuk menjadikan Datuk Ahmad Fuad, Datuk Bandar KL sebagai seorang “puppet”nya.

Nampaknya Datuk Shafie ada banyak “free time” untuk memain politik di DBKL dan kawasan Wangsa Maju dan kawasan lain. Saya tahu dia memain politik “on the ground” kerana dia ada niat menjadi popular supaya dia mencapai matlamatnya untuk menjadi Menteri taka lama lagi. Dia memang amat ambitious seperti Norza, bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan yang telah di tuduh di Mahkamah di Pahang kerana rasuah.

Saya berharap Datuk Shafie Abdullah, seorang UMNOputra, sila mengambil perhatian kedudukan sekarang sahabat karibnya, Norza.

MR “POLITICAL TOLL”

Saya telah dapat banyak “rumours” terhadap Datuk Shafie ini. Dia amat berkuasa kerana kedudukannya sebagai setiausaha PM selaku Menteri Kewangan. “This “Mr Political Toll” has been dropping PM name every corner of Malaysia.”, dengan izin.

Dia telah dapat satu gelaran yang hebat dan sesuai iaitu “MR POLITICAL TOLL”. Saya tak faham apa maksud “MR POLITICAL TOLL”. Toll jalan, saya faham! POLITICAL TOLL, saya tak faham. Samada maksud “Toll” ini adalah kutipan Toll untuk perjalanan ke pejabat PM atau Menteri Kewangan? Kemungkinan YAB PM lebih faham atau teliti mengenai apa maksub gelaran “MR POLITICAL TOLL” yang telah dianugerahkan kepada Setiuasahanya, Datuk Shafie!.

Saya ingin memberi amaran kepada Datuk Shafie jangan bermain politik di DBKL – hand off DBKL let the officers do their work without interference. Keep your “Political Toll” to Kementerian Kewangan dan Pejabat Perdana Menteri. DBKL adalah untuk menjaga kepentingan wargakota di Wilayah Persekutuan dan bukan kepentigan politik “Mr Political Toll”, Datuk Shafie Abdullah.

Saya ingin memberi satu contoh yang amat jelas terhadap percampuran tangan dengan pentadbiran harian DBKL oleh Si Political Toll ini (Datuk Sahfie Abdullah). Pengawai tinngi telah berjanji untuk mengambil tindakan terhadap struktur haram yang dibina oleh Restoran Rashatini di Seksyen 2, Wangsa Maju. Gerai penjaja ini adalah dibina di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran dan telah menduduki atas kaki-lima (pavement) dengan tiada ruang untuk orang awam berjalan. Gerai itu memlebihi 10 kaki x 30 kaki yang dibenarkan dibawah undang-undang kechil DBKL. Saya telah diberitahu oleh pegawi tinggi DBKL bahawa DBKL tidak boleh mengambil apa-apa tindakan sehingga DBKL dapat kebenaran daripada Mr Political Toll ini. Hebatnya kuasa Mr Political Toll ini sampai pegawai tinggi DBKL pun takut kepada dia.

Kerana campur tangan politik “poltical interference” oleh Mr Political Toll sehingga hari ini (sudah 5 bulan) tiada apa-apa tindakan diambil oleh DBKL terhadap struktur haram tersebut.

Tuan Yang Di-Pertua,

Berani saya cakap dengan terus terang bahawa “the 4th Floor Syndrome” masih wujud di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan. Saya fikir bahawa “4th Floor syndrome ini wujud pada zaman Kerajaan “Tertidur” sahaja. Saya berharap PM mengambil perhatian terhadap “Mr Political Toll” ini dan kuncu-kuncunya.

Jawapan Menteri:

Menteri enggan menjawab soalan/isu ini. Saya terus berdiri meminta beliau menjawab. Beliau masih enggan menjawab dan cuba meminda kepada isu yang lain. Saya terus beridiri menekankan bahawa Menteri perlu menjawab isu ini. Menteri terpaksa menjawab bahawa Datuk Shafie tidak mencampur tangan dalam pentadbiran DBKL. Saya mencelah dan memberi contoh mengenai dengan gerai makan Restoran Rashatini di mana gerai tersebut telah melarang uandnag-undang DBKl dan Kerajaan Persekutuan kerana ia menduduki di atas kaki lima dan DBKL telah berseuju untuk mengambil tindak untuk merobohkan gerai tersebut. Selepas campur tangan Datuk Shafie Abdullah DBKL tidak berani mengambil tindakan. Saya terpaksa memberitahu Dewan yang Mulia bahawa saya telah dimaklumkan perkara campur tangan Datuk Shafie oleh Datuk Amin, Timabalan Ketua Pengarah DBKL.

Nota: saya akan memberi jawapan Menteri yang terperrinci selepas saya menerima Hansard di Parlimen.

http://weechookeong.wordpress.com/2009/11/11/jawapan-daripada-menteri-wilayah-persekutuan-isu-tanah-untuk-masjid-desa-sri-hartamas-pasar-malam-uptown-danau-kota-mr-political-toll/#more-4706

No comments

Powered by Blogger.