"Kami sedia berdepan Dr Asri" - PPSM
oleh Sinar Harian
KUALA LUMPUR - “Kami bersedia pada bila-bila masa bersemuka secara peribadi dan berbincang dengan Dr Asri tetapi berpendapat isu ini tidak wajar dibahaskan serta disensasikan secara terbuka," demikian kata dua yang diberikan Presiden Peguam Syarie Malaysia (PPSM), Mohamad Isa Abd Ralip yang juga jurucakap bagi 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain berhubung tuntutan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin yang mahukan bukti beliau menghina Imam Ghazali, Imam Nawawi dan menolak amalan Furu’ (solat hajat, bacaan Yasin, talkin).
Mohamad Isa berkata, isu terbabit tidak perlu dijawab secara terbuka kerana Dr Asri sebelum ini sudah banyak kali mengeluarkan kenyataan meragukan dan bimbang jika perdebatan ini berterusan akan menyebabkan masyarakat keliru.
“Dr Asri banyak menimbulkan keraguan dan polemik yang merugikan seperti isu pencegahan khalwat, penggunaan kalimah Allah dan isu amalan furu’ yang dikatakan bidaah dalam kalangan umat Islam.
“Kami tidak mahu terus mengikut rentak yang dimainkan Dr Asri kerana menerusi perbahasan itu nanti bukan sahaja soal hukum-hakam agama akan timbul tetapi juga keaiban dia (Dr Asri) akan tersebar jadi perkara ini tidak elok untuk tatapan umum,” katanya di sini, semalam.
Mohamad Isa yang diminta mengulas tindakan Persatuan Peguam Syarie Malaysia sendiri menyiarkan memorandum yang disifatkan sebagai edaran dalaman menerusi laman webnya bagaimanapun mengakui perkara terbabit adalah kesilapan teknikal dan bukannya niat untuk memperbesarkan isu.
“Kami mengakui bahawa memorandum yang bertujuan sebagai edaran dalaman terlepas ke pengetahuan umum menerusi laman web kami tetapi kami telah menariknya pada jam enam petang hari yang sama Dr Asri menyebarkan salinan memorandum kepada pihak media,” katanya.

No comments
Post a Comment