Kelantan tetap tuntut royalti: Husam

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak mengiktiraf pembayaran wang ehsan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu menerusi projek pembiayaan projek pembangunan seperti yang diumum Perdana Menteri di Dewan Rakyat pagi tadi.

Exco Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan,dan kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata kerajaan Kelantan sebaliknya tetap menuntut pembayaran royalti.

Beliau berkata, kerajaan negeri menimbang melantik panel peguam untuk mengkaji tindakan membatalkan perjanjian dengan Petronas yang ditandatangani pada 1975.

"Kita juga akan kaji ambil injunksi terhadap syarikat yang menjalankan operasi di kawasan pengeluaran di pesisir Kelantan di mahkamah luar negara iaitu di Amerika Syarikat dan Kanada (iaitu negara asal syarikat berkenaan).

"namun, kerajaan negeri tidak menutup pintu rundingan dan sedia berundin dengan Kerajaan Pusat," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, sebentar tadi.

Beliau mengumumkan reaksi kerajaan Kelantan berhubung pengumuman Datuk Seri Najib Razak berhubung pemberian wang ehsan kepada Kelantan di Parlimen pagi tadi.

Husam juga mendakwa Perdana Menteri membuat kenyataan salah di parlimen kerana pembayaran kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu disebut royalti walaupun hasil minyak diperoleh di kawasan yang juga melebih tiga batu nautika dari pantai negeri terbabit.

Katanya, walaupun pembayaran kepada Terengganu itu disebut wang ehsan, ia dibuat terus kepada kepada kerajaan negeri.

"Ini berbeza dengan cadangan di Kelantan yang mana wang ehsan itu akan diurus Kerajaan Pusat," katanya.

No comments

Powered by Blogger.