Kerajaan Naik Sebab Undi Pos! Tak Mungkin Haram!
Kerajaan tidak bercadang untuk menggantikan sistem undi pos dengan sistem pengundian awam bagi polis dan tentera kerana ia bersesuaian dengan keperluan jawatan dan tugas mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) turut membenarkan wakil parti yang bertanding untuk melihat sendiri proses pengundian dan pengiraan undi supaya mereka dapat memastikan sendiri proses itu berjalan dengan adil dan lancar.
"SPR masih berpendapat bahawa sistem pengundian pos yang sedia ada masih lagi relevan seperti mana yang diperuntukkan di dalam Peraturan 2 Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftar Pemilih) 2002 dan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003," katanya di Parlimen hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Pengkalan Chepa) sama ada kerajaan berhasrat menggantikan sistem pos dengan sistem pengundian awam bagi anggota polis dan tentera seperti yang dilaksanakan di Thailand.
Beliau turut menafikan dakwaan Abdul Halim bahawa terdapat 2.5 juta nama pengundi yang sudah meninggal dunia di dalam daftar SPR kerana daftar tersebut dikemaskini setiap enam bulan, mengikut senarai kes kematian yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Mohamed Nazri berkata SPR juga tidak bercadang untuk menjadikan isteri atau pasangan anggota tentera dan polis sebagai pengundi awam.
"Kalau isteri ikut suami (bertugas) di Sarawak dan dia daftar sebagai pengundi di Pengkalan Chepa, tak kan pula dia nak balik ke Pengkalan Chepa untuk mengundi?
"Ini melibatkan kos dan akan timbulkan masalah logistik," katanya.
Mohamed Nazri berkata sistem undi pos memberi peluang kepada semua anggota tentera, polis dan Pasukan Gerakan Am yang bertugas di luar negara, pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara dan pasangan masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing tanpa mengabaikan tugas mereka.
"Namun begitu, ini tidak bermakna SPR tidak bersedia untuk melakukan usaha penambahbaikan dalam pengurusannya, malah, SPR sentiasa responsif terhadap perubahan-perubahan semasa," katanya.
Di samping itu, Mohamed Nazri turut menyelar pihak pembangkang yang mengajukan aduan kepada SPR setiap kali mereka kalah dalam pilihan raya, sedangkan BN tidak pernah berbuat demikian.
"Saya tiada statistik, tetapi semasa pilihan raya, waktu BN kalah, termasuk kalah undi pos kita tak pernah mengadu, tetapi kalau pembangkang kalah dan kalah undi pos memang SPR banyak terima aduan," katanya. BERNAMA

No comments
Post a Comment