Koh Tsu Koon Kena Bahang PKFZ?

“Saya melantik Tan Sri Koh Tsu Koon kerana menghargai Gerakan. Jangan mempersoalkan hak saya sebagai PM.” Datuk Seri Najib Tun Razak.

Isu PKFZ umpama hantu raya, hantu puaka, hantu kopek besar, penunggu pokok besar, jin mata tunggal, keramat busut, roh mati dibunuh dan seribu hantu-hantu yang pantang disebut namanya sebarangan kerana akan terkena bala dirasuk.

Ong tee Keat dan Koh Tsu Koon diminta berundur secara “paksaan” oleh Ahli Parlimen BN, Mohamad Aziz kerana ada kaitan dengan isu PKFZ. Nampaknya ramai Ahli Parlimen BN yang alahan dengan isu PKFZ. Siapa yang cuba mendekati isu ini akan dihalau. Ini tempat larangan yang tidak boleh didekati sesuka hati.

Ong Tee Keat cuba menelanjangkan skandal PKFZ. Manakala Koh Tsu Koon menyokong penubuhan suruhajaya diraja untuk menyiasat skandal tersebut. Ramai pihak berpeluh melihat tindak-tanduk dua pemimpin Cina yang kelihatan mengutamakan rakyat daripada orang politik. Maka kedua-duanya diminta berundur. Dalam bahasa yang mudah: “Woit, berambus kamu berdua, buat kacau saja. Orang nak makan pun kacau!”

Berkenaan tindakan Mohamad Aziz minta Koh Tsu Koon meletak jawatan sebagai Menteri, ini komen PM:

“Saya melantik Tan Sri Koh Tsu Koon kerana saya menghargai Gerakan. Jangan persoalkan kerana ini hak saya sebagai PM. Saya pengerusi BN. Saya buat keputusan untuk kepentingan BN. Saya bukan PM orang melayu sahaja, tetapi PM semua kaum!” kata PM.

Siapa Mohamad Aziz mempertikaikan pelantikan Koh Tsu Koon oleh PM? Tikus mahu menampar kepala kucing? Lantang Ahli Parlimen Seri Gading itu nampaknya kali ini tidak bertempat. Banyak perkara lain boleh dikemukakan, pergi persoalkan kredibiliti PM. Barangkali ini penggal terakhir Mohamad Aziz selaku Ahli Parlimen. Cita-citanya mahu jadi Ahli Parlimen seumur hidup nampaknya tidak tercapai.

Baca apa kata Naib Presiden Gerakan tentang Mohamad Aziz sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini:

Gerakan diminta menghantar surat bantahan kepada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berhubung tindakan bendaharinya, Datuk Mohamed Aziz mendesak Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon berundur dari kabinet kerana didakwa berprestasi lemah.

Seorang Naib Presidennya, Datuk Dr Teng Hock Nan mengaitkan kemungkinan desakan supaya Dr Koh meletak jawatan menteri dan presiden parti Gerakan, sebagai satu konspirasi berkaitan dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Beliau membangkitkan teori konspirasi itu kerana ahli parlimen Seri Gading itu turut membuat desakan yang sama terhadap presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

“Pada 6 September lalu, presiden kita yang juga menteri yang menjaga KPI, hanya secara terbuka menyatakan sokongan terhadap penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat skandal PKFZ,” katanya sambil menambah jika kedua-duanya dikaitkan, “maka dapat ditelah siapakah di belakangnya”.


http://satumalaysia.wordpress.com/

No comments

Powered by Blogger.