MB: Insentif RM500 Buat Penjawat Awam Negeri

SHAH ALAM, 10 Nov - Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan berita baik apabila bersetuju untuk memberi bayaran khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam negeri ini.

Berita gembira ini melibatkan penjawat awam gred 41 hingga 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan.

“Selaras dengan hasrat Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menjadikan anggota penjawat awam sebagai satu kumpulan bersama dengan anggota kepimpinan negeri, maka Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan bayaran khas kewangan RM500 kepada penjawat awam gred 41 hingga gred 54 dan setaraf dengannya, serta pesara wajib Kerajaan”, katanya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berucap semasa membentangkan Belajawan 2010 Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Bagaimanapun katanya, imbuhan tersebut bakal dibayar kepada penjawat awam negeri pada Disember bulan hadapan.

Beliau berharap dengan insentif ini dapat meringankan beban kewangan kakitangan awam yang bertungkus-lumus berkhidmat untuk rakyat Selangor.

“Sebelum ini ganjaran sama telah pun diberi kepada penjawat awam di bawah kumpulan sokongan. Adalah diharapkan dengan pemberian yang akan dibayar pada bulan Disember nanti dapat mengurangkan beban kewangan penjawat awam”, ujarnya. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments

Powered by Blogger.