Siapa Selepas Tuan Guru Haji Hadi?

Kecoh betul semenjak seminggu dua pasal parti PAS. Cukup popular dalam surat khabar bahkan dibicarakan di Astro Awani sekejap tadi. Syabas Astro yang menampakkan ada media bebas yang cuba mengetengahkan isu di luar kotak yang biasanya dijauhi oleh TV3 suku dan ArTiEm.

Lalu kita pun terfikirlah dengan otak yang kecil ini, setelah berlakunya sedikit kekecohan walaupun sebenarnya perkara sudah lama bak api dalam sekam tup-tup nampak besar selepas ianya terkeluar dari mulut Mursyidul 'Am. Alhamdulillah hasilnya timbullah sentakan dari lamunan tidur dan mimpi indah, yang rupanya dapur telah berasap. Apa yang dilihat cuma gulai yang hampir hangus dalam periuk.

Bagaimana? Tetamu kenduri sudah dijemput..gulai sudah kering..hampir hangus, mahu diolah kembali gulai tersebut atau mahu dimasak gulai baru?

Itulah ibarat. Pimpinan PAS ingatkan semuanya beres, pengundi tak ada masalah, kita baru saja lepas bermuktamar. Kita ada PKR dan DAP yang bantu. Rupanya ramai yang tak suka dan tak setuju dengan pimpinan. Rupanya pimpinan syok sendiri. Ikut suka mahu buat, berpeluk berbincang dalam kelambu, tak fikir dengan ahli dan penyokong. Keputusan muktamar lain, pimpinan bawa ke lain matlamat.

Sekarang tembelang banyak yang pecah. Ibarat gulai hangit. PRU13 telah hampir, entah 2010 entah 2011... ibarat jemputan kenduri. Bagaimana mahu dihadapi, mahu buat gulai baru atau "dibaharukan" gulai sedia ada? Pimpinan seperti longlai, tiada idea bernas. Bagaimana mahu menarik pengundi muda yang bebas (kecuali pengundi PAS totok) sehingga siren amaran dibunyikan oleh orang luar daripada parti (Prof Aziz Bari)?

Mursyidul 'Am telah bagi jalan supaya dibuat EGM, sebab itulah sahaja cara bagi membetulkan keadaan dengan cara paling cepat, selamat dan tuntas tanpa mengaibkan mana-mana pimpinan. Mana-mana pilihan wakil ahli akan diterima oleh semua samaada terlantik yang baru atau masih mengekalkan yang lama. Sebab itulah kehendak ramai.

Tidak akan timbul lagi malu alah kepada pimpinan tertinggi yang telah disebut-sebut namanya, sebab mereka telah dipilih kembali. Yang tidak terpilih pun akan diam dan secara bermarwah turun tanpa diusik peribadinya.

Tapi dengan keadaan sekarang, mana-mana pemimpin yang telah disebut-sebut namanya akan berasa tidak selesa walaupun membuat kerja-kerja seikhlas yang mungkin, sebab nampak seperti ada orang atau ahli yang selalu memerhatikannya. Salah habah!

Apakah Tuan Guru Presiden mampu menjana dan membaikpulih kembali pimpinan yang mempunyai "dipersepsi" kurang ummhh (ulasan Dr.Abu Hassan)? Apakah Timbalan Presiden mampu, jika dikatakan Tuan Guru Presiden meletak jawatan?

Terus terang secara peribadi diri penyokong marhaen berotak kecil, jika mengikut persepsi pimpinan yang nampak menonjol, boleh diharap, ada pandangan dan idea, dihormati, bersih, telah terbukti kewibawaannya, hamba senaraikan seperti berikut: Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Azizan, Mahfuz Omar, Abang Mat Sabu, Salahuddin Ayub (wakil kita), Saudara Husam Musa, Saudara Khalid Samad, Nizar Jamaluddin..............

"Hanya Allah Jua Yang Lebih Mengetahui................."


- Ahmad Shuhaimi
10.11.2009

1 comment

Mohamadazhan.com said...

susah da nak cari pengganti seperti Ust Fadzil Noor.

Powered by Blogger.