Undian TV Selangor: Ramai Minta Badrul Letak Jawatan

SHAH ALAM 10 NOV -
Statistik yang diperolehi daripada undian yang dijalankan di laman web TV Selangor mendapati,daripada 678 pengundi atau 64 peratus bersetuju ADUN Pelabuhan Klang,Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatannya dengan kadar segera.

Sebanyak 10 peratus daripadanya masih menyokong beliau memegang jawatan itu sehingga Pilihanraya Umum 13 yang menentukan kerjaya politik beliau.

Dan,tiada yang menyokong agar beliau bersara terus dari arena politik negara.

Badrul Hisham dikatakan gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat yang seharusnya membela dan menjaga kebajikan rakyat Pelabuhan Klang yang telah mengundinya pada pilihan raya lalu.

Tidak lama selepas itu,beliau menimbulkan kontroversi dengan menyatakan keputusan keluar dari PKR tanpa meletakkan jawatan sebagai ADUN.

Isu Badrul mula mendapat liputan meluas media arus perdana dan alternatif.

Sehingga kini kerana masih menjawat jawatan ADUN Pelabuhan Klang walaupun setelah di desak berkali kali untuk letak jawatan oleh pelbagai pihak khususnya penduduk di Pelabuhan Klang.

Badrul Hisham dikatakan gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat yang seharusnya membela dan menjaga kebajikan rakyat Pelabuhan Klang yang telah mengundinya pada pilihanraya lalu.

Tidak lama selepas itu,beliau menimbulkan kontroversi dengan menyatakan keputusan keluar dari PKR tanpa meletakkan jawatan sebagai ADUN.

No comments

Powered by Blogger.