Polemik nama ‘Allah’ : Jangan gugat keseimbangan nasional!
Di ambang tahun baru 2010, seluruh negara dikejutkan dengan keputusan mahkamah yang membenarkan akhbar Katolik “Herald” untuk menggunakan nama “Allah” sebagai gantinama kepada Tuhan Kristian Katolik.
Maka dalam suasana tahun baru yang masih segar bugar ini, sudah mula bergema protes dari pihak golongan umat Islam, yang nampaknya mampu meledak menjadi satu polemik mahabesar.
Penulis sendiri bukanlah dapat dikira sebagai termasuk dalam golongan pendita atau ulama’ agama yang dapat merungkaikan fakta-fakta serta implikasi penuh daripada keputusan mahkamah ini.
Cuma, sebagai seorang hamba Allah dan Muslim yang turut merasai kesan daripada keputusan ini — dan apabila tibanya keputusan ini lebih kurang genap setahun selepas penghinaan dahsyat ke atas umat Islam sewaktu pencerobohan ke atas tanah Gaza — maka jiwa penulis merasa terpanggil untuk berkongsi pandangan tentang isu ini.
Pertamanya, penulis tidak dapat menerima alasan kononnya penggunaan kalimah “Allah” adalah dibenarkan atas dasar bahawa penggunaan kalimah tersebut tidak eksklusif hanya kepada umat Islam.
Dalam pandangan sebegini, diberikan alasan bahawa penggunaan kalimah “Allah” telah wujud dalam zaman pra-jahiliah lagi, malah turut digunakan dalam konteks agama lain seperti Sikh dan Baha’i. Dalam pandangan penulis, alasan-alasan yang diberi adalah tidak relevan kepada konteks negara Malaysia yang sedia ada.
Kita harus ingat bahawa polemik ini telah timbul dalam sebuah negara yang telah mempunyai sejarah penganutan agama Islam yang cukup mendalam dan mencecah beberapa abad lamanya.
Sejarah ini telah melahirkan satu konteks keagamaan yang luhur, di mana kalimah “Allah” itu sudah serasi dengan jiwa Islami yang mengesakan Tuhan yang Satu, yang telah menurunkan al-Quran yang jelas sebagai panduan hidup sepanjang zaman.
Namun penyulaman makna ini dalam jiwa umat Islam di Malaysia tiada pula menafikan hak dan kepentingan umat bukan Islam di Malaysia, malah hak dan kepentingan tersebut diberi kehormatan dan perlindungan yang nyata dalam perlembagaan serta undang-undang negara.
Dalam konteks sebegini, penetapan makna bagi konsep-konsep asas dalam tiap-tiap agama telah tergaris jelas. Maka kita dididik untuk menghormati dan memahami bahawa “Allah subhanahuwataala” itu tiada sama dengan konsep “God” dalam kitab Bible atau “Tuhan” dalam konteks agama Hindu mahupun yang lain-lain.
Begitu juga, konsep “Nabi Isa alaihissalam” dan “Jesus Christ” tiada sama, meskipun mereka merujuk kepada insan yang sama dalam aliran sejarah manusiawi.
Yang jelas, dalam leksikon bahasa Melayu telah diertikan bahawa “Allah” itu merujuk kepada Tuhan Maha Esa mengikut fahaman Islam, manakala konsep “Tuhan” diberi pula kepada tuhan-tuhan mengikut fahaman agama-agama yang lain.
Oleh itu, percubaan untuk mengesahkan penggunaan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada Tuhan selain daripada Tuhan agama Islam yang Maha Esa, apatah lagi yang bersandarkan kepada konteks zaman dan realiti sosial selain daripada Malaysia dalam abad ke-21, adalah satu usaha yang akademik semata-mata dan tiada relevan.
Keduanya, penulis merasakan bahawa usaha untuk mengesahkan penggunaan kalimah “Allah” ini boleh disalahtanggap sebagai satu usaha licik untuk menimbulkan kekalutan dan kekusutan dalam masyarakat Islam di Malaysia, dengan cara pencemaran makna yang mahadahsyat. Ini adalah kerana konsep “Allah” itu tidak berdiri dengan sendirinya, tetapi adalah merupakan satu konsep yang amat penting dan membentengi infrastruktur pandangan alam Islam.
Konsep Tuhan Yang Maha Esa, yang menciptakan manusia daripada tanah, yang mengutuskan Rasulullah s.a.w. sebagai pembawa mesej Islam untuk seluruh zaman, yang menciptakan syurga dan neraka sebagai balasan bagi insan, yang mensyaratkan solat dan haji dan zakat — kesemuanya ini terkandung dalam fahaman makna “Allah” yang telah dizahirkan dalam kitab al-Quran.
Pencemaran terhadap makna kalimah “Allah” ini, dengan cara penggunaannya dalam konteks yang cukup bertentangan dengan pandangan alam Islam, mampu untuk menimbulkan gelombang kekusutan di kalangan umat Islam yang cukup besar.
Oleh itu, mana-mana usaha untuk menyetarakan kalimah “Allah” dengan mana-mana Tuhan selain daripada Tuhan Yang Maha Esa yang telah mengutuskan Rasulnya Muhammad s.a.w. sebenarnya dapat dilihat sebagai usaha untuk menimbulkan kehuruharaan makna dalam penganutan Islam di negara Malaysia ini. Apatah lagi apabila ia ditimbulkan dalam konteks agama Kristian yang mempunyai “hubungan istimewa” dengan agama Islam.
Ketiganya, penulis percaya bahawa usaha akhbar “Herald” untuk membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam segmen bahasa Melayu akhbar tersebut mampu membawa kepada kekacauan titik-imbang Perlembagaan negara yang sedia ada.
Harus diingatkan bahawa persoalan penggunaan kalimah “Allah” ini telah ditimbulkan dalam sebuah negara Malaysia, yang lahir hasil daripada penggubalan satu perlembagaan yang cukup halus dan jujur dalam usaha untuk menyeimbangi hak dan kepentingan semua pihak, khususnya antara kaum dan antara agama.
Dalam pada itu, Perlembagaan negara telah mentakhtakan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, manakala semua agama lain diberi penghormatan serta ruang secukupnya untuk bergerak tanpa diganggu-gugat.
Dalam konteks ini, di mana garis hormat antara agama (malah antara kaum juga) begitu halus, maka keamanan serta keutuhan negara adalah tergantung kepada peranan setiap pihak untuk menjaga serta menghormati keseimbangan nasional yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara, iaitu satu titik-imbang sejati yang telah dirangka bagi menjaga hak dan kepentingan semua pihak.
Dalam suasana sebeginilah, maka penggubalan Rukunegara yang menetapkan prinsip “Kepercayaan kepada Tuhan” (dan bukan pula “Kepercayaan kepada Allah”!) telah dapat diterima umum tanpa ada polemik atau perseteruan.
Persoalan yang pastinya timbul dalam benak umat Islam di Malaysia tentunya ialah: Apa kurangnya dengan istilah “Tuhan” dalam bahasa Melayu? Apakah dengan mengelakkan penggunaan kalimah “Allah”, maka akan cacat makna dan erti yang cuba diungkapkan dalam helaian surat khabar “Herald” itu? Mengapa perlu diganggu-gugat titik-imbang yang sedia ada, hanya untuk merebut hak untuk menggunakan kalimah “Allah” itu?
Atau mungkinkah penggunaan kalimah itu mempunyai unsur dan niat yang jahat? Nah, inilah yang menjadi persoalan pokok! Dan penulis pasti bahawa soalan ini turut terbuah dalam benak ramai di kalangan umat Islam di Malaysia.
Jelas kelihatan bahawa polemik ini akan berlarutan beberapa lama. Dalam pada itu, amat diharapkan agar semua pihak yang terbabit akan dapat berunding dengan tenang dan tertib, tanpa perlu berselindung di sebalik retorik atau berkasaran sesama sendiri.
Hormatilah pendapat masing-masing, dan janganlah sekali-kali digadaikan keamanan dan keseimbangan nasional, hanya kerana merebut hak penggunaan sesuatu kalimah atau untuk menegakkan kepentingan politik masing-masing.

No comments
Post a Comment