Pembelian Wakil Rakyat: Masanya Untuk Qunut Nazilah

Masanya telah tiba untuk kesemua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat untuk mengamalkan Qunut Nazilah. Aksi pembelian wakil-wakil rakyat ini sudah tahap melampau. Alasan-alasan yang diberikan oleh mereka yang melompat adalah alasan yang tidak logic untuk mereka melompat keluar.

Baik Tan Tee Beng, baik Zaharain, baik ADUN Port Kelang, ADUN Lunas dsbnya tiada seorang pun yang mampu memberi alasan kukuh untuk mereka keluar dari PKR.

Maklumat yang saya dapat adalah mereka yang melompat adalah mereka yang selama ini dikiritik kerana tidak menjalankan kerja mereka sebagai wakil-wakil rakyat. Zaharain sudah masyhur kebencian ahli-ahli dan penyokong-penyokong PKR terhadap beliau.

AHLI-AHLI TIDAK MENGIKUT PUAK-PUAK INI

Satu petanda jelas mereka dibeli adalah mereka tidak diikuti oleh ahli-ahli dan penyokong. Tan Tee Beng cuma ditemani oleh Salehuddin Hashim sahaja dalam siding akhbar beliau. Begitu juga Jamaluddin dan Kapten Alias di Perak dahulu.

Zahrain dilaporkan cuma mampu membawa 2 orang ahli dari Bayan Baru mengikuti beliau. Dan sekarang Zahrain dilaporkan menyebarkan fitnah kononnya Malik Kassim adalah hamba seks kepada Anwar Ibrahim. Zahrain bukan setakat menyebut fitnah ini, tetapi sekali dengan menceritakan aksi-aksi bagaimana Anwar meliwat Malik Kassim. Maklumat ini saya dapat dari mereka yang mendengar sendiri Zahrain berkata demikian.

Begitu juga ADUN Port Kelang sewaktu beliau isytihar jadi ADUN Bebas, yang menemani beliau keluar PKR adalah ahli2 UMNO. Tiada ahli PKR kelang mengikut beliau pun sampai hari ini. Isteri beliau pun sudah memfailkan "fasakh" ke atas beliau.

DALANG MEMBELI RUPANYA DATO SALEHUDDIN

Dari maklumat yang saya dapat dari dalaman PKR, dalang utama membeli wakil rakyat ini adalah Dato’ Salehuddin Hashim sendiri.

Perletakan jawatan beliau sebagai SU Agung adalah lantaran salah seorang yang beliau cuba beli telah menolak lantas melaporkan perkara itu pada DSAI.

Untuk melarikan diri, beliau telah mengisytiharkan perletakan jawatan beliau. Beliau terpaksa lari sebab lobang beliau sudah pecah.

Tak hairanlah anak Hashim Gera ni perangai macam munafik sebab beliau marah tak dapat jawatan dalam Kumpulan Perangsang. Beliau sewaktu SU Agung lagi telah memfitnah kerajaan Negeri Selangor dengan menuduh pembelian hutang Talam Corp sebagai satu aksi korupsi.

Bapa beliau kena tendang dari PAS. Anak pun buat perangai macam bapak jugak.

PAS JUGA DALAM BAHAYA

Walaupun PAS ada baiaah taklik, tapi jangan lupa, UMNO boleh mengadakan ulama-ulama suk mereka yang akan mengatakan Baiaah tersebut tidak sah sebab tidak “Syariee”.

Itulah perancangan mereka satu masa dahulu sewaktu mereka menaikkan isu ini. Mereka mengharapkan isu ini akan disambut oleh ulama-ulama dan ulama mereka akan seterusnya mengisytiharkan “Baiaah Taklik” tidak sah.

Namun, mereka nampak isu ini telah menyebabkan penyokong mereka dalam PAS jadi tidak popular sebab penyokong merekalah yang telah mendedahkannya pada umum.

Jadi, jangan ingat PAS berada dalam keadaan selamat. Masih ada peluang bagi UMNO untuk membeli wakil-wakil rakyat PAS.

Jangan pula PAS merasa selesa. Lebih baik beringat dari terkena.

MASANYA UNTUK QUNUT NAZILAH

Saya menyeru kepada pimpinan-pimpinan parti untuk mengadakan solat-solat hajat dan Qunut Nazilah di setiap solat demi untuk mengagalkan perancangan UMNO yang jahat ini. Masanya kita turun dan adakan solat hajat untuk memastikan perancangan jahat dan jijik UMNO ini digagalkan oleh Allah SWT yang Maha Esa.

UMNO bukan tuhan dan Allah SWT lebih berkuasa dari UMNO. Allah SWT akan mengagalkan usaha UMNO ini, inshaalah.

Tulang Besi

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.