Seorang lagi keluar KEADILAN, 12 lain lafaz taat setia

Oleh Marc Jitab dan Jaynne Koh

6 pkr PETALING JAYA: Dua belas ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) , yang diramalkan nyaris-nyaris keluar parti, hari ini
menyifatkan berita itu sebagai karut dan pada masa yang sama mengulangi ketaatan mereka kepada parti.

Bercakap kepada media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana di sini pagi ini, kumpulan itu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Teluk
Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata mereka tiada hasrat untuk keluar parti.

Selain Kamarul, mereka ialah Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani (Kuala Langat), Abdul Aziz
Abdul Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S Manikavasagam (Kapar), N Gobalakrishnan (Padang Serai), Rashid Din
(Merbok), Loh Gwo-Burne (Kelana Jaya), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) dan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan).

Bagaimanapun, ketika mereka ini melafazkan taat setia mereka kepada parti, Ahli Parlimen KEADILAN – Bagan Serai, mengumumkan
keputusannya untuk keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas.

Mohsin merupakan ahli parlimen ketiga dari KEADILAN keluar parti dalam tempuh dua minggu lalu, selepas Ahli Parlimen Nibong Tebal
Tan Tee Beng dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) bertindak keluar parti.

Mereka memberi alasan hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan sebagai sebab keluar parti.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.