Alwi sokong Nik Aziz

KOTA BHARU - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad menyokong penuh tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menghalang isu berkaitan dengan istana dibincangkan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata, peristiwa yang berlaku di dalam istana tidak seharusnya diperbahaskan kerana ia adalah hak mutlak Majlis Perajaan dan Tuanku Sultan Kelantan.

“Ini kerana ia tidak ada kena mengena dan sidang negeri perlu dicampuri dengan urusan tersebut.

“Antara rakyat dan raja tidak boleh dipisahkan tetapi rakyat tidak boleh masuk campur urusan raja,” katanya mengulas mengenai tindakan Nik Aziz yang menolak cadangan meng-anjurkan sidang DUN Khas bagi membincangkan dan menyelesaikan konflik istana.

Md Alwi yang juga merupakan ADUN Kok Lanas sebelum itu merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-34 Sekolah Kebang-saan Ketereh, di sini.

Bagaimanapun, katanya, sebagai Menteri Besar, Nik Aziz perlu memainkan peranan sebagai menanda menteri yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan kedudukan payung kerajaan berada dalam keadaan baik.

Menurutnya, tindakan yang diambil oleh Nik Aziz itu sangat dipersetujuinya dan berharap perkara berkaitan di istana tidak dibincangkan seperti mana isu lain.

“Kita tidak perlu jadikan ia sebagai satu perbinca-ngan umum dan perbincangan khalayak ramai, kerana negara kita mempunyai perlembagaan,” katanya.

Pada 29 Mac lalu, dalam satu kenyataan akhbar, Nik Abdul Aziz menolak cadangan menganjurkan sidang DUN Khas tersebut kerana menurutnya itu tidak membantu menyelesaikan masalah, malah akan memburukkan lagi keadaan.

Menurutnya, masalah istana adalah masalah teknikal dan perlu diselesaikan dengan berkhemah.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.