Antara Chealsea, Parkways Holding, APCO dan UMNO

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiyQD2CuzaNeti_PkZZxYFlgDFHcwQcAbPWPmgVPWiqtuZTuHLOatwfj7yCduM2WhaHc5DgsXnZ-w3XU0NI58d7sXHmEhD8XgQViZXDUrSHyqhp7c9EbQBqcnj99G3j-aih6O8Vnq7X32Fe/s320/umnoapco.jpg

oleh N.A.A.D

Sekitar 2 tahun dahulu pasukan bolasepak Chealsea datang ke Malaysia dalam rangka promosi dan persediaan mereka untuk musim baru Liga Perdana Inggeris. Pada waktu itu mereka dipimpin oleh pengurus mereka Avram Grant dan mempunyai seorang pemain pertahanan Tal Ben Haim. Kedua-duanya adalah berbangsa Yahudi dan bernegarakan Israel.

Isu ini meletus ketika itu, memandangkan negara kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Israel dan tidak mengiktiraf kewujudan negara haram itu. Maka tercetuslah polemik, ada yang menentang kehadiran mereka berdua. Di pihak lain berhujah ‘sukan dan politik’ tidak harus bercampur.

Isu ini selamat bila kedua-duanya tidak mengikuti jelajah pasukan mereka. Semua pihak menarik nafas lega. Bila timbul soal APCO dalam pengurusan komunikasi kerajaan , dan yang terbaru pendedahan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai wujudnya perisik Israel dalam PDRM, apa pendirian UMNO. Dalam hal sukan, sambil bersembunyi mereka boleh mewajarkannya,” ia cuma sukan bukan politik”. Dalam hal urusan diplomatik, keselamatan dan integriti, mereka hanya mampu bersembunyi di belakang Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dan ugutan Ketua Polis Negara.

Malang sungguh, selepas 52 tahun merdeka, kita masih mempunyai Perdana Menteri, Speaker Parlimen dan Ketua Polis yang bodoh. Memang padan Speaker tak berani menegur Ketua Polis kerana campur urusan Parlimen, sedang Ketua Polis pula tidak dapat beza antara diploma dengan ijazah. Apa diharap untuk mereka memahami urus tadbir negara?

Jangan lupa,ada rakyat yang sanggup ke hulu ke hilir ke mahkamah mempertahankan prinsip bahawa tidak ada diplomatik bermakna haram masuk ke dalam negara ini, walau apa juga alasan sekali pun. Ada yang lebih rela dipenjara bila membantah kedatangan pasukan kriket Israel ke negara ini kira-kira 10 tahun dahulu.

Dimana pendirian UMNO selama ini. Jangan lupa kita pernah membenarkan pemilikan saham syarikat Parkways Holding dari Singapura yang dimiliki warga Israel melalui penjualan saham Pantai Holding. Telekom Malaysia mempunyai saham sebanyak 5% yang dimiliki oleh Temasik Holding. Ingat lagi ECM Libra? SCOMI? Ular lidi telan naga…? Apa khabar POS Malaysia?

Dan jangan lupa pula tidak ada mana-mana satu pun pertubuhan politik dalam Malaysia yang pernah meletakkan bendara negara haram Israel di puncak premis mereka, hatta Parti Komunis Malaya sekalipun kecuali satu... UMNO. Malangnya Melayu di ceruk-ceruk kampong mahu pun tanah rancangan mungkin tidak tahu perkara ini…

Mungkin juga ada di kalangan elit Melayu yang tahu, tapi apalah nilainya maruah dan harga diri jika dibanding dengan perut dan tembolok mereka…

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.