Apa Sebab Muhyiddin Pergi Perlis?

Muhyiddin Minta Pemimpin BN Kukuhkan "Stamina Politik" Dalam Tempoh Dua Tahun Akan Datang

KANGAR, 13 April (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Selasa meminta semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional mengambil inisiatif untuk memperkukuhkan "stamina politik" dalam tempoh dua tahun ini menjelang pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa tempoh 24 bulan akan datang adalah penentu kepada arah tuju BN sebelum menghadapi pilihan raya umum ke-13, dan disebabkan itu, semua pemimpin BN di peringkat akar umbi khususnya harus membuat kerja yang boleh memberi impak kepada rakyat.

"Parti-parti pembangkang sekarang dalam keadaan bergolak dan mereka tidak dapat menunaikan janji kepada rakyat, oleh itu rakyat telah mula memberi sokongan kepada BN. Rakyat mula memberi penghormatan kepada kita dan kita pula harus mengambil kesempatan ini untuk memperjuangan nasib rakyat.

"Jika dahulu kurang turun padang, sekarang kena turun padang, kalau dulu tak mesra dan tak mahu senyum, sekarang kena mesra dan perubahan mesti dilakukan secara serius dengan memikul tanggungjawab yang diamanahkan demi kepentingan masa depan parti," katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Pemimpin Komponen Barisan Nasional Perlis Bersama Timbalan Perdana Menteri di sini.

Muhyiddin berkata anggota dan pemimpin BN perlu menghormati antara satu sama lain dan bekerja secara berpasukan bagi memastikan BN mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya kerjasama berpasukan akan menjadi tidak menentu jika anggotanya tidak patuh kepada arahan pemimpin.

"Ibarat dalam satu pasukan bola sepak, mana boleh ada dua kapten, ada yang bermain sebagai wing (sayap), barisan hadapan dan sebagainya," kata beliau.

Timbalan Perdana Menteri berkata keyakinan rakyat terhadap BN telah meningkat dan usaha kerajaan membuat perubahan dalam bidang sosioekonomi dan politik telah menampakkan hasilnya apabila terdapat kajian oleh pakar ekonomi bahawa Malaysia akan menikmati pertumbuhan ekonomi antara lima dan tujuh peratus tahun ini.

Katanya pelabur-pelabur asing juga telah mula berminat untuk melabur di negara ini dan beliau telah dimaklumkan terdapat syarikat yang mahu melabur sehingga RM2.5 bilion dalam tempoh dua hingga empat tahun akan datang.

Pada majlis itu, Muhyiddin menerima 2,115 keping salinan borang pendaftaran pemilih baru daripada penyokong BN yang disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Kangar Abdul Aziz Abdul Majid.

-- BERNAMA

kahkahkahkah..nak sejukan api gelora berpuak-puak umno perlis ker?hahahahahaha..kantoi?.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.